home

search

Chapter 22 Acara Kelab Muzik

  HARI KEDUA PULUH DUA

  Tiga hari selepas kami melawat rumah Atirah, aku dikejutkan dengan satu berita yang mengejutkan daripada Kelab Musik. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bilik kelab, suasana di dalamnya terasa tegang. Wajah-wajah ahli kelab jelas memperlihatkan kebimbangan, seolah-olah mereka baru saja menerima kejutan besar.

  "Kenapa dengan kamu semua ni? Macam nampak hantu," tanyaku, cuba mencairkan suasana tegang itu.

  Seorang ahli kelab memandangku dengan ekspresi serius. "Pihak akademi akan mengadakan majlis rasmi."

  "Jadi?" Aku bertanya sambil menutup pintu di belakangku.

  "Pihak akademi memilih kita untuk membuat persembahan," jawab mereka serentak, nada suara mereka penuh tekanan.

  Aku menarik nafas dalam-dalam dan memandang sekeliling. "Kelab Memasak sudah menjalankan aktiviti mereka, Kelab Kebudayaan pula melancarkan bunga api, dan Kelab Komputer memperkenalkan permainan Game RV. Sekarang giliran Kelab Musik. Jadi, apa rancangan kita?" tanyaku sambil menyilangkan tangan.

  Lili, yang kelihatan sedikit cemas, menjawab, "Kita Kelab Musik, jadi sudah tentu kita akan menyanyikan lagu."

  "Lagu apa?" tanya Alif, jelas kebingungan.

  Lili menggeleng kecil. "Entahlah, saya tak tahu lagi," jawabnya dengan nada putus asa.

  "Bukankah ada empat lagi kelab yang turut serta dalam acara ini?" tanya Atifah, mencelah perbualan.

  "Kelab apa?" soal Alif, matanya terbuka luas.

  "Kelab Tarian, Kelab Pantun, Kelab Lakonan, dan Kelab Silap Mata," jawab Atifah tenang.

  Alif menghela nafas berat. "Haiss... Kelab-kelab itu tak ada apa-apa yang hebat sangat."

  "Awak salah," balas Riko, wajahnya penuh kesungguhan. "Kelab Silap Mata dah mula buat persiapan awal, dan Kelab Pantun pula sudah bersepakat untuk menang."

  Rika, yang dari tadi diam, tiba-tiba berkata, "Kalau kita kalah, Kelab Musik mungkin akan disingkirkan dari carta kelab terbaik."

  Kata-kata itu membuat Lili semakin pening kepala. "Haaa... lagu apa yang kita patut buat?" katanya sambil mengusap dahinya.

  Amiliya tiba-tiba masuk ke bilik dan menutup pintu. "Daripada berbual saja, baik kita mula sekarang," katanya tegas.

  Aku bertanya, "Bila acara itu akan berlangsung?"

  Lili menjawab, "Hujung bulan ini."

  Atifah menambah, "Sempena majlis bulan baharu."

  Alif mencelah lagi, "Baiklah, mari kita mulakan. Tapi sebelum itu, di mana teman wanita awak, Hazrul?"

  Aku terkejut dan menjawab cepat, "Eh! Itu aku pun tak tahu."

  Atifah menyampuk dengan nada tenang, "Ala, nanti dia datanglah."

  Kelab Musik pun mula mencipta lagu untuk persembahan itu. Selepas mesyuarat tamat, aku keluar dari bilik kelab untuk mencari Anis. Dalam perjalanan, telingaku menangkap bunyi pantun dari bilik Kelab Pantun. Aku berhenti dan mengintai melalui celah pintu.

  Pantun yang disampaikan mereka sangat indah, penuh dengan maksud tersirat dan alunan irama yang mengagumkan. Hati kecilku berasa kagum, tetapi dalam masa yang sama, timbul rasa risau. Jika Kelab Musik kalah, itu pasti memberi tamparan hebat kepada kami semua.

  Aku segera meninggalkan tempat itu dan meneruskan perjalanan. Setelah beberapa minit, aku akhirnya menemui Anis di bawah pohon rendang di tepi taman akademi.

  "Hey, Anis! Rupanya awak di sini," aku menyapanya dengan nada ceria.

  Dia menoleh perlahan dan memandangku. "Oh, Hazrul. Ada apa? Cari saya ke?"

  Aku tersenyum kecil, lalu memegang tangannya. "Hari ini Kelab Musik akan mencipta lagu. Kami perlukan penyanyi, jadi kami harap awak dapat menyanyikan lagu itu."

  Anis melepaskan tanganku dengan lembut. "Kenapa saya?" tanyanya, wajahnya kelihatan sedikit ragu.

  Aku tidak sempat menjawab apabila Max tiba-tiba muncul dan menegurku. "Weh, Hazrul! Di sini kau rupanya. Mari, kita kena berlatih sekarang."

  Tanpa memberi peluang untuk menolak, Max menarik lenganku dan membawaku pergi. Aku sempat menjeling ke arah Anis yang kelihatan tidak senang dengan kehadiran Max. Dia berdiri tegak sambil merenung jauh sebelum beredar ke arah lain.

  Di padang, Max memulakan sesi latihan dengan mengajarku beberapa gerakan asas. Pergerakan yang dia tunjukkan kelihatan mudah, tetapi memerlukan ketepatan. Aku memberi tumpuan penuh, dan setiap gerakan berjaya aku ikuti tanpa masalah.

  If you spot this story on Amazon, know that it has been stolen. Report the violation.

  "Bagus, Hazrul," kata Max sambil tersenyum. "Sekarang, cuba serang aku."

  Aku bersedia sepenuhnya, mengambil posisi serangan. Detik itu, aku merasakan keyakinan diri semakin meningkat, bersedia menghadapi apa saja cabaran yang mendatang.

  Aku memerhatikan padanya lalu memikirkan cara supaya pedang buluh ini dapat mengena badannya. Apabila aku sudah dapat, aku mula menyerangnya.

  Serangan pertama aku hampir terkena badannya. Namun aku tidak berputus asa. Aku memusingkan lagi pedang itu. Lalu aku menyasarkan pada kepalanya. Max mengelak dengan bergitu mudah sekali. Dia menyuruh ku untuk mencuba dengan lebih gigih lagi. Aku melihat dia dan cuba melakukan serangan bertubi-tubi. Tapi semuanya gagal. Aku berasa bergitu kepenatan. Aku duduk dan meminta untuk merehatkan diri.

  "Hari ini potensi kau meningkat lebih tinggi dari semalam." Kata Max sambil memberikan air kepada ku. Lalu dia duduk di tepiku. Aku meminum air itu. "Max. Darimana kau belajar permain pedang."

  "Oh, Aku belajar dari orang yang hebat. Iaitu Raimundor."

  Aku bertanya lagi. "Kenapa setiap kali aku bercakap mengenai Raimundor semua orang terdiam? Adakah semua orang menyayangi nya?"

  "Raimundor. Raimundor ialah seorang pahlawan yang hebat dan juga salah seorang dari pahlawan tujuh. Ya, Semua orang suka padanya. Selepas kematiannya, dia diangkat menjadi pahlawan terkuat. Tapi seperti yang lain, Raimundor juga belajar dari orang yang lebih hebat darinya. Dia belajar bermain pedang dari abangnya selepas itu dia meneruskan lagi pembelajarannya dengan Hagigawai Zero. Zero lebih kuat berbanding Raimundor, Tapi disebabkan keberaniannya lah dia digelar sang pahlawan dunia."

  Aku merenung nama itu. "Hagigawai Zero. Macam mana kamu semua kenal antara satu sama lain. Cuba cerita sejarah kamu semua."

  "Nak diceritakan memang panjang." Dia berdiri. "Baik, daripada kau terus bertanya tentang sejarah ada baiknya kau lindungi masa depan." Kisah tentang Raimundor memang hebat tapi yang peliknya. Bagaimana sang bertopeng boleh kenal dengan Raimundor. Dan Kai mengatakan bahawa Raimundor berasal dari sekolah permata mutiara. Dia juga pernah berkawan dengan Azmi dan kawan-kawannya yang lain. Kisah Raimundor memang rumit untuk diuraikan.

  Selepas selesai berlatih, aku berjalan perlahan di sekitar taman sambil memikirkan pelbagai perkara yang bermain di minda. Dengan sebotol air di tangan, aku mengambil tempat duduk di bangku taman. Mataku tertumpu ke tanah, dan aku berbicara perlahan kepada diri sendiri, "Kenapa dengan Anis dan Team Seven? Sang bertopeng itu... dia kenal Raimundor dan memberikan pedang itu kepadaku. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Aku perlu bertanya kepada Team Seven tentang pedang ini."

  Aku segera bangkit dan berlari menuju ke bilik mereka. Namun, dalam perjalanan, aku terlanggar seseorang. "Weh, buta ke?" suara lantang menyapa telingaku. Aku membuka mata dan melihat seorang budak kecil berdiri di hadapanku.

  "Kalau ada mata, gunalah lembab," katanya dengan nada sinis sebelum berlalu pergi.

  Aku perasan beg yang dibawanya serupa dengan yang Husnah sebutkan sebelum ini. Rasa ingin tahu menyelubungi aku, lalu aku menghampirinya dan memegang beg itu. Dia terperanjat melihat tindakanku.

  "Kau nak apa, hah, lembab?" katanya kasar sambil memijak kakiku dan melarikan diri. Aku mengaduh kesakitan, namun tidak berdiam diri begitu sahaja.

  Aku segera mengejarnya. Budak kecil itu menuju ke kawasan pembinaan dan menghilangkan diri. Aku tercari-cari tempat persembunyiannya, memeriksa setiap sudut termasuk semak-semak di kawasan itu. Tiba-tiba, suara dari belakang mengejutkanku.

  "Hey Hazrul! Apa yang awak buat?" Aku menoleh dan melihat Husnah berdiri di belakangku dengan wajah penuh persoalan.

  "Sebenarnya, saya sedang mencari seorang budak kecil. Tingginya lebih kurang macam ni," kataku sambil menunjukkan isyarat tangan. "Dan beg awak ada padanya."

  Husnah memandangku dengan pandangan berfikir sebelum berkata, "Hmm, budak itu... ya, dia kawan saya. Sebenarnya saya sudah tahu bahawa dialah yang meminjam beg saya. Dia hanya meminjamnya untuk seketika."

  "Macam tu ke?" balasku sambil menghela nafas lega. Kami kemudian berjalan bersama dan berbual di taman.

  Husnah tiba-tiba bertanya, "Hazrul, kenapa dengan Anis akhir-akhir ini?"

  Aku mengangkat bahu. "Apa maksud awak?"

  "Dia kelihatan pelik. Bila saya berjalan dengan Natsumi, dia seperti cuba mengelak," jawab Husnah sambil memandang jauh ke depan.

  Aku tertanya-tanya di dalam hati, Adakah Anis cuba mengelak daripada semua ahli Team Seven? Tetapi kenapa?

  "Itu, saya pun tak tahu," balasku ringkas.

  Husnah kemudian menukar topik. "Hazrul, cuba ceritakan hari pertama awak berkawan rapat dengan Anis."

  Aku sedikit terkejut. "Tak ada yang istimewa. Kami hanya kawan baik. Haikal yang mula menyebarkan cerita kononnya kami bercinta."

  Husnah tersenyum. "Oh, begitu rupanya. Nampaknya saya salah anggap."

  Kemudian, dia memandangku dengan wajah serius. "Hazrul, adakah awak pernah jatuh cinta?"

  Soalannya membuatku terkedu. Aku menjawab jujur, "Tidak, saya tak pernah jatuh cinta kepada sesiapa."

  Husnah kelihatan ingin tahu lebih lagi. "Bagaimana dengan Aiman dan Alia? Bagaimana mereka bertemu?"

  Aku tersenyum mengingati kisah mereka. "Aiman dan Alia adalah kawan lama saya. Aiman sudah lama sukakan Alia dan mencuba pelbagai cara untuk memenangi hatinya. Sekarang, mereka akhirnya bersama."

  Kami berbual panjang sehingga senja menjelang. Sebelum pergi, Husnah menyoal dengan nada berseloroh, "Hazrul, adakah awak tahu bagaimana saya boleh ceroboh masuk ke asrama lelaki?"

  Aku terkejut. "Macam mana?"

  Dia tersenyum lebar. "Sama seperti Amani buat."

  Jawapannya membuatkan aku termenung seketika. "Amani? Jangan-jangan awak sudah tahu segalanya."

  Husnah mengangguk. "Ya, Shafikah yang memberitahu saya." Wajahku merah kemerahan mendengar pengakuannya.

  Apabila hari hampir gelap, Husnah meninggalkan aku sendirian di taman. Aku duduk di bangku itu, cuba menikmati suasana petang. Tiba-tiba, budak kecil tadi muncul kembali, melemparkan beg itu ke arahku. Aku terjatuh dari bangku.

  Aku bangun dan menjerit kepadanya, "Hey, apa yang kau nak sebenarnya?!"

  "Aduh! Sakitlah! Kenapa kau baling beg itu pada aku?"

  Budak tadi duduk di bangku itu. "Kerana kau yang cari pasal dengan aku dulu."

  Aku berdiri. "Apa yang kau nak?" Dia menggoyangkan kakinya. "Tenanglah bang. Beg itu bukannya ada batu pun."

  "Memang dalam beg ni ada batu pun," kata aku kepada dia. Dia memperkenalkan dirinya. "Nama saya ialah Cik Muda. Selamat berkenalan. Nama abang siapa pulak"

  "Aku Hazrul." Aku menjawab sambil berada di tepinya.

  "Hazrul? Peliknya nama."

  "Habis tu kau rasa Cik Muda tak pelik?"

  "Cik Muda tu bermaksud......"

  "Apa?"

  "Bermaksud tak ada maksud."

  Daun jatuh sekali.

  "Kau nak bergurau dengan aku ke?"

  "Tak, cuma nak berkenalan je."

  Dia bangun dari bangku. "Baiklah sampai di sini saja lembab. Selamat tinggal." Lalu budak itu pergi meninggal aku. Memandang hari telah lewat, aku tidak sempat untuk memberitahu mengenai pedang itu kepada Team Seven. Mungkin hari esok akan jadi lebih baik. Pada malam itu aku keluar untuk makan angin. Aku dapati bilik Kai berkunci.

  Aku teringat kata Kai 'Team Seven ialah kaki tangan SCI.' Ya memang Team Seven kaki tangan SCI ia tertulis pada Carta pelajar. Tapi apa yang pelik tentangnya. Dalam bilik Kai tentu dia sedang menyiasat sesuatu.

  Aku pergi ke bilik ku dan melihat pedang yang diberikan oleh Sang bertopeng itu. Ada tulisan yang tertulis padanya. 'Pedang Sayap Emas.' Nama yang menarik. Aku terbaring di atas katil ku. Dan memadang ke arah tingkap. Semakin lama aku semakin mengantuk.

Recommended Popular Novels