HARI KEDUA PULUH SATU
Pada malam selepas melawat kubur Atirah, aku bertemu dengan Kai. Dia kelihatan teruja, seolah-olah baru sahaja menemui sesuatu yang penting.
"Cuba tengok ni," kata Kai sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. "Aku ada ceroboh masuk ke dalam rangkaian Data SCI. Dan aku terjumpa sesuatu. Ini senarai mereka yang berjaya lulus ujian DNA. Aku tertarik pada seorang lelaki bernama Hakimi. Dia orang pertama yang berani cuba ubat NPV. Dan ada satu lagi, Sang bertopeng... dia ada sebut tentang Raimundor. Aku mula cari tahu siapa dia, dan ternyata, Hakimi pernah bertemu dengannya."
Kai menunjukkan rakaman yang dipanggil Sekolah Permata Mutiara. Di dalam rakaman itu, kelihatan Hakimi sedang berbual dengan seseorang yang mengenakan topeng.
"Tengok ni, ini Hakimi yang sedang berbual dengan Raimundor," kata Kai, menunjukkan kepada aku dengan penuh keyakinan. "Semua rakaman ni menunjukkan waktu mereka belum jalankan ujian DNA lagi."
Aku tercengang seketika. "Apa yang kau cari sebenarnya, Kai?" tanyaku, ingin tahu lebih lanjut.
Kai menjawab tanpa ragu, "Aku cari kebenaran. Siapa sebenarnya Sang bertopeng tu, dan apa yang terjadi pada mereka yang ambil ujian DNA tu."
Tiba-tiba, suara garau terdengar dari arah belakang kami. "Kau tak perlu susah payah cari siapa aku sebenarnya."
Kami berdua terus menoleh. Sang bertopeng yang kami cari muncul dari dalam bayang, seolah-olah menunggu waktu yang tepat. Dia melompat turun dari tingkap dan meluru ke arah kami.
"Kenapa? Nak rampas topeng aku lagi?" Dia berkata dengan suara yang sedikit mengejek.
Aku memandangnya dengan penuh persoalan. "Sang bertopeng, kau kaki tangan kerajaan ke? Apa tujuan kau? Beritahu kami sekarang juga!"
Dia hanya tersenyum sinis dan menjawab, "Tujuan aku sama seperti yang aku cakap dulu. Dan lagi..."
Tiba-tiba, Sang bertopeng menghulurkan sesuatu kepadaku. "Ambil pedang ni."
Aku terkejut. "Kenapa?" tanyaku, tidak memahami maksud di sebalik pemberiannya.
Sang bertopeng hanya menjawab, "Kau kan nak pelajari pedang, jadi aku berikan pedang ni."
Tanpa memberi penjelasan lanjut, Sang bertopeng menghilangkan diri dalam sekelip mata, meninggalkan kami berdua dalam kekeliruan.
Aku memandang pedang yang terletak di tanganku, merasakan beban yang tidak dapat dijelaskan.
Pagi itu, aku terkejut apabila seseorang memukul mukaku. Dengan cepat, aku bangun sambil memegang bantal, cuba untuk memahami apa yang terjadi. Apabila aku memandang ke arah orang yang memukulku, aku terlihat Max berdiri di depan aku dengan ekspresi serius.
"Bangun juga kau ya?" katanya sambil tersenyum sedikit. "Baiklah, memandangkan semalam kita tak sempat berlatih, hari ini kita kena mula awal."
Aku mengeluh sedikit, tetapi segera bangun dan bersiap untuk latihan. Kami menuju ke kawasan padang yang luas. Latihan pertama yang aku perlu lakukan adalah memegang pedang kayu. Max memberi arahan untuk menyerangnya sehingga aku berjaya menyentuhnya.
The author's tale has been misappropriated; report any instances of this story on Amazon.
Aku mengambil posisi dan memulakan serangan pertama. Dengan cepat, aku bergerak ke arahnya, berusaha untuk mengenainya. Namun, Max dengan mudah mengelak dan membalas seranganku dengan pukulan yang kuat. Aku jatuh ke tanah akibat kesakitan, dan Renjuu tidak dapat menahan ketawanya.
"Kau lemah lah," kata Ros sambil memegang secawan kopi, sambil Miya berbual di sebelahnya tanpa menghiraukan keadaan aku.
Walaupun jatuh dan rasa sakit masih terasa, aku tidak berputus asa. Aku bangun kembali dan terus mencuba, menambahkan tekad dalam setiap serangan. Aku tahu, latihan ini bukan hanya soal kemenangan, tapi tentang terus mencabar diri untuk menjadi lebih baik.
Waktu latihan berakhir, dan aku duduk berehat di bawah sebuah pokok besar, melepaskan penat setelah seharian berlatih. Tiba-tiba, Husnah muncul di hadapanku dengan wajah sedikit cemas.
"Hey, Hazrul. Awak ada nampak tak beg saya?" dia bertanya dengan nada agak terdesak.
"Beg apa?" aku menjawab, masih sedikit bingung.
"Beg berharga saya," kata Husnah, matanya mencari-cari sekeliling. "Warna dia macam merah jambu, ada tangkai warna kuning."
Aku memikirkan sebentar sebelum mengangguk. "Baik, nanti kalau saya jumpa, saya akan berikannya kepada awak."
"Terima kasih, Hazrul." Husnah tersenyum dan berlari meninggalkan aku, sempat memberi salam kepada Anis yang kebetulan sedang berjalan berhampiran kami.
Aku termenung sebentar, memikirkan tentang beg yang disebutkan Husnah. Ada sesuatu yang aneh tentang beg itu, tetapi aku hanya mampu berharap ia akan ditemui segera.
Petang itu, selepas berehat di padang, aku memutuskan untuk menuju ke bilik Team Seven. Aku membuka pintu perlahan-lahan, melihat sekeliling bilik yang sederhana tetapi penuh dengan peralatan dan gambar-gambar lama. Aku melangkah masuk dan terus ke arah satu dinding yang dipenuhi dengan gambar-gambar kenangan.
Aku mengambil sebuah bingkai gambar dan memandangnya dengan teliti. Terdapat tiga orang yang tidak aku kenali, dan wajah mereka semua kelihatan familiar. Aku terhenti seketika apabila melihat wajah salah seorang daripada mereka. Muka orang itu serupa dengan Raimundor, lelaki yang selalu disebut-sebut oleh orang di sekitar aku.
Tiba-tiba, pintu dibuka dengan kasar.
"Oh, kau Hazrul," kata Ryen sambil melihat aku berdiri memandang gambar itu.
Aku tidak menunggu lama untuk bertanya. "Orang yang berpakaian baju merah ini ialah Raimundor kan?"
Ryen berhenti sejenak dan kemudian mengangguk. "Ya, itu Raimundor yang selalu disebut oleh Sang Bertopeng."
Aku terus bertanya, "Boleh kau ceritakan tentang Raimundor kepada aku?"
Ryen memandang aku dengan pandangan yang agak terkejut. "Kenapa?" tanyanya.
Aku menjawab dengan penuh minat, "Aku dengar dia seorang yang hebat. Jadi aku teringin untuk mengenalinya."
Ryen terdiam seketika sebelum akhirnya membuka mulut. "Raimundor? Pahlawan yang hebat? Selama ini aku tertanya-tanya kenapa Raimundor selalu dipedulikan. Kemana saja aku pergi, orang tanya tentang dia. Ada satu hari tu, Raimundor menyelamatkan sebuah kampung. Orang-orang kampung tu mengucapkan terima kasih kepadanya. 'Terima kasih Raimundor,' mereka kata. Dan aku... aku masih terfikir tentang pengorbanan dia. Kalau dia ikut bersama kami... kalau kami jumpa terowong rahsia itu lebih awal... mungkin dia takkan mati."
Ryen terhenti seketika, seolah-olah masih dihantui oleh kenangan itu. Kemudian, dia berbalik dan meninggalkan aku di situ.
Aku termenung seketika, merenung gambar-gambar lama yang ada di dinding bilik itu. Tidak lama selepas itu, Ros datang mendekat.
"Kau tak sepatutnya ukirkan sejarah lama," kata Ros dengan suara yang agak tegas.
Aku tidak peduli dengan amaran itu, dan terus bertanya, "Siapa dua orang lagi dalam gambar tu?"
Ros mengeluh dan menjawab, "Dua orang itu? Mereka ialah Zero dan Khairul. Dah, janganlah kau teruskan kenangan tentang Raimundor. Ada di antara kami yang masih sedih mengenangkannya."
Ros berpusing dan berjalan keluar dari bilik itu. Aku terpaku sebentar, memikirkan apa yang baru aku dengar. Tiga orang itu—Raimundor, Zero, dan Khairul—mereka semua telah melalui sesuatu yang besar. Tetapi kemana perginya Zero dan Khairul?
Aku cepat-cepat menegur Ros sebelum dia sempat keluar. "Ros, di mana mereka berdua sekarang?"
Ros berhenti sejenak dan menjawab tanpa berpaling. "Zero sedang menjalankan latihan khusus, manakala Khairul pula hilang entah ke mana."
Aku hanya mampu mengangguk, namun hatiku masih penuh dengan persoalan. Apa yang sebenarnya berlaku dengan Khairul? Dan bagaimana dengan Zero?
Aku cuba untuk mencari Kai selepas itu, ingin berkongsi penemuan dan pertanyaan yang semakin membebani fikiranku. Namun, hari berlalu begitu cepat dan aku tidak sempat bertemu dengannya.
Akhirnya, malam pun tiba. Aku terbaring di tempat tidur, dikelilingi oleh keheningan malam. Cahaya bulan yang lembut menyelinap melalui tingkap, menemani aku dalam tidur yang penuh dengan mimpi-mimpi dan perasaan yang belum terungkap.