HARI KEDUA PULUH
Pagi itu, seperti biasa, aku terjaga dengan sinar matahari yang menyinari bilik asrama. Suasana tenang, tetapi penuh dengan hiruk-pikuk. Aku menarik selimut, memandang ke siling dan cuba bangun, meskipun sedikit malas. Asrama selalu sibuk pada waktu pagi—ada yang baru bangun, ada yang berjalan sambil menggosok mata, dan ada juga yang tidur begitu nyenyak, macam Aiman yang masih terlentang di katilnya, tak sedar dunia.
Aku melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Seperti biasa, air paip yang mengalir begitu nyaman, memberikan rasa segar yang memadamkan rasa mengantuk yang masih bersisa. Semalam tidurku cukup lena. Aku membiarkan air mandian membasahi badan, hilang segala rasa penat dan stres. Aku menutup mata, menyusun kembali kenangan semalam yang kadang-kadang terasa seperti mimpi, terlalu cepat berlalu.
Setelah selesai mandi, aku keluar dan menuju ke dobi untuk membasuh pakaian. Penuh sesak, seperti biasa. Para pelajar bergegas menguruskan pakaian mereka, masing-masing dengan muka yang agak tergesa-gesa. Aku memerhati sekeliling dan berbisik dalam hati, "Nampaknya aku tak sempat nak basuh pakaian hari ni."
Ada sedikit rasa kecewa, tetapi aku harus bersiap untuk pergi ke sekolah. Jadi, aku meletakkan kembali pakaian yang belum dibasuh dan memutuskan untuk keluar seketika, mengambil angin. Di tengah perjalanan, aku terhenti apabila melihat seseorang berdiri di depan pintu bilik Kai, mengetuk pintu dengan penuh rasa tidak sabar.
Aku mendekat. "Ada apa?" tanyaku, sedikit bingung dengan situasi yang aku lihat. Lelaki itu menoleh, pandangannya tajam, penuh ketegasan. "Budak ni dah berapa hari tak bayar hutang aku," katanya, sambil menunjuk arah bilik Kai. Aku mengangguk, cuba memahami keadaan.
"Berapa dia hutang kau?" tanyaku dengan nada yang lebih berhati-hati. Lelaki itu mengeluarkan nombor yang cukup mengejutkan. "Sekitar empat puluh."
Aku meraba beg duitku. Terasa kantungnya agak kosong. Rasa risau mula menyelinap masuk, tetapi kemudian aku mendengar satu suara yang sangat aku kenali.
"Simpan aja duit kau tu," kata Max, muncul entah dari mana. Dengan tenang, dia mengeluarkan sejumlah wang dan menyerahkannya kepada lelaki itu, menyelesaikan masalah yang aku sendiri tidak tahu bagaimana harus ditangani.
Segala-galanya tiba-tiba terasa lebih ringan. Max hanya tersenyum, dan aku berterima kasih dalam hati. Dunia ini kadang-kadang memang penuh kejutan.
Apabila lelaki itu pergi, Max memandang ke arahku dengan wajah serius. "Di sini kau. Cepat lah, semua orang sedang menunggu," katanya dengan nada yang sedikit tergesa-gesa.
"Ya, tapi sebelum tu. Macam mana dengan Kai?" aku bertanya, masih terfikir tentang keadaan Kai yang agak misteri sejak kebelakangan ini.
Max memandang pintu bilik Kai sejenak sebelum mengangguk dan memberi isyarat agar aku berundur sedikit. Lalu, dengan satu tendangan kuat, Max membuka pintu bilik Kai, yang ternyata masih terkunci rapat. Pintu itu terbuka luas dengan bunyi yang mengejutkan, dan kami masuk ke dalam.
Di dalam bilik, kelihatan Kai masih terbaring di atas katil, tidur tanpa sedar. Kami mendekat, dan tiba-tiba, dia terjaga dan memandang kami dengan wajah yang sedikit keliru. "Apa yang kamu berdua buat di dalam bilik aku?" kata Kai dengan nada bingung, matanya yang masih mengantuk memandang kami berdua.
"Bukan ke aku yang patut menjaga kau? Jadi kenapa kau masih lagi mengurung diri kau di dalam bilik ini?" tanya Max, jelas tidak sabar dengan sikap Kai yang agak mengelak daripada berinteraksi.
Kai hanya berdiri, menggenggam komputer ribanya dengan erat. "Cuba tengok ini," katanya dengan nada serius, sambil membuka beberapa rakaman di skrin komputer. Kami berdua melihat ke arah monitor, dan Kai menunjukkan beberapa rakaman baru.
"Dalam rakaman ni, nampaknya beberapa pegawai kerajaan menuju ke Blok 7. Kawasan Blok 7 pula dipenuhi askar," kata Kai, matanya tidak lepas dari skrin.
Max mengerutkan dahi. "Apa yang pelik tentang itu?" tanya Max, cuba memahami apa yang sedang diperlihatkan.
"Tidak ada yang pelik kecuali ini," jawab Kai dengan tenang, sambil memutar rakaman yang menunjukkan sosok seorang lelaki bertopeng berbincang dengan beberapa orang pegawai kerajaan.
Kai menoleh ke arah kami berdua dan berkata, "Sang bertopeng ni di pihak kita dan dia bersepakat dengan kerajaan. Jadi, apa-apa maklumat tentang kita sudah pasti diketahui oleh kerajaan."
Max mengeluh panjang. "Ya, selagi kerajaan tidak bertindak, kita akan selamat," jawab Max, cuba meredakan ketegangan yang mula terasa.
Tetapi Kai tidak puas hati dan terus bertanya, "Jika kerajaan tahu mengenai kita, kenapa mereka tidak bertindak? Begitu juga dengan pihak sekolah. Oh! Aku tahu, kecuali satu je..."
Kai tiba-tiba berubah perwatakan, seakan-akan terfikir sesuatu yang besar. "Iaitu kumpulan kau, Max."
Max menatap Kai dengan tajam. "Apa yang kau mengaruk ni?" tanya Max, nampaknya semakin terganggu dengan apa yang Kai cuba sampaikan.
Kai tersenyum sinis. "Max, aku sudah tahu tentang kumpulan kau, atau lebih dikenali sebagai 'Team Seven'. Orang-orang kau adalah kaki tangan kerajaan dan ejen SCI, betul tak?"
Max terdiam seketika sebelum akhirnya tersenyum dan menjawab dengan tenang, "Ya, betul. Kami ialah kaki tangan SCI. Tujuan kami berada di sini adalah untuk menjaga sekolah ini daripada pengganas sebelum hari terasing tiba. Kenapa pelik sangat ke tentangnya?"
Kai tidak segera menjawab. Dia hanya tersenyum dan berkata, "Tak, tapi aku nak ucapkan terima kasih kerana menghadiahkan komputer ini kepada aku."
Kemudian, dengan gerakan yang tiba-tiba, Kai menghulurkan tangannya. Max kelihatan terkejut, tetapi tanpa berfikir panjang, dia menyambut huluran tangan itu dan mereka bersalaman.
Aku yang berdiri di tepi hanya menggelengkan kepala. Aku sudah tahu bahawa Team Seven ialah kaki tangan SCI, dan kisah mereka membuktikannya. Segala-galanya kini semakin jelas, namun banyak lagi persoalan yang masih bermain dalam fikiranku.
Apabila kami bertiga melangkah keluar dari asrama dan menuju ke padang, langkah Kai kelihatan sedikit tergesa-gesa. Dia mengejar kami, lalu berkata, "Nanti! Aku akan ikut bersama kamu berdua, untuk melawat kubur Atirah."
Kami bertiga berjalan dengan langkah yang serasi, menuju ke destinasi yang sama, namun fikiran kami masing-masing jauh terpisah. Sesekali, Kai memandang ke arahku dan bertanya, "Hey Hazrul! Aiman tahu ke kau nak keluar hari ni?"
Aku mengangkat bahu sambil menjawab, "Ya, aku sudah menulis surat untuknya. Lagi pun dia ada Alia, dia takkan sunyi punya." Aku cuba memberi jaminan, walaupun di dalam hati aku sendiri agak risau. Aiman memang agak tertutup, tetapi aku yakin Alia akan menjaganya.
Perjalanan kami agak panjang, dan dalam masa yang sama, suasana pagi itu memberi sedikit ketenangan. Akhirnya, apabila kami tiba di pintu pagar sekolah, kami disambut oleh beberapa orang yang sudah pun menunggu di situ.
"Dah sampai rupanya mereka," kata salah seorang daripada mereka dengan nada yang agak sinis. Suaranya seakan-akan ada sedikit ejekan, tetapi kami hanya diam dan terus berjalan.
"Kenapa kamu berdua lambat?" tanya Ros dengan nada agak geram. Dia sudah tentu tidak sabar untuk memulakan apa yang sudah dirancang.
Max tersenyum tenang, tidak terganggu dengan soalan Ros. "Kami ada masalah teknikal tadi," jawab Max sambil matanya mengamati keadaan sekitar.
Aku melihat setiap orang yang hadir, satu-persatu. Masing-masing mempunyai wajah yang penuh dengan pelbagai perasaan – ada yang kelihatan serius, ada yang penuh dengan pertanyaan, dan ada juga yang hanya berdiam diri, seolah-olah memendam sesuatu. Aku tahu, kami semua ada misi yang lebih besar di hadapan kami, dan hari ini hanyalah satu langkah kecil dalam perjalanan yang penuh risiko.
Azmi bertanya kepada aku, dengan wajah yang penuh tanda tanya, "Hazrul, kenapa mereka ikut sekali?"
Aku memandang ke arah ahli kelab misteri dan menjawab, "Kerana mereka juga akan turut menolong kita dalam penyiasatan ini. Kenapa? Kamu semua pernah kenal mereka ke?" Aku cuba memberi penjelasan, walaupun aku tahu soalan itu lebih kepada rasa ingin tahu.
Anita, yang berdiri agak jauh di belakang, berkata kepada Azmi dengan nada yang menenangkan, "Biarkanlah mereka tu, Azmi. Mereka tentu kawan-kawan Hazrul. Semakin ramai semakin mudah kerja kita." Anita cuba meredakan ketegangan yang mungkin timbul, tetapi Azmi masih kelihatan ragu.
Aku memandang ke arah Team Seven, dan kelihatan Kai sudah mula bergaul dengan mereka. Mereka berbual-bual mesra, berusaha untuk mengenali antara satu sama lain. Kami semua menunggu bus di perhentian yang agak lengang. Sebelum bus tiba, kami memperkenalkan diri, saling bertukar cerita tentang kelab misteri dan Team Seven. Mereka ternyata mudah untuk menjadi kawan, tetapi ada sesuatu yang tidak kena pada diri Anis. Aku perhatikan dia agak menjauhkan diri daripada bergaul dengan Team Seven, seolah-olah tidak mahu terlibat.
Ketika bus sampai, kami semua menaikinya. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah, dan aku duduk di sebelah Kai. Tanpa membuang masa, aku bertanya kepadanya tentang kejadian pagi ini.
"Hey, Kai. Kenapa dengan kau pagi ni? Apa yang pelik tentang mereka?" Aku bertanya sambil cuba menghubungkan beberapa perkara yang berlaku.
Kai hanya berbisik kepada aku, "Nanti kau akan faham tentang mereka. Sekarang ni kelab Misteri sedang diperhatikan mereka serta Anis." Aku terkejut dan segera menoleh ke arah Anis. Dia memang kelihatan sedang menjauhkan diri daripada mereka. Aku bertanya lagi kepada Kai, "Weh, Kai! Aku ingat kau tak suka pada mereka. Tapi kenapa kau tegur mereka?"
"Heh! Aku tegur mereka? Sebenarnya mereka yang tegur aku dulu. Aku cuma semakin berminat dengan apa yang bakal aku alami," jawab Kai dengan senyuman misteri.
Lalu Kai mula bercerita tentang sesuatu yang membuatkan aku terkejut. "Kau ingat lagi tak waktu dimana kau suruh aku periksa CIP dan CIP itu tertulis cari dimana NPV berada? Dan sekarang kita tahu yang si penjubah itu ada dua. Salah satunya adalah Atirah."
Aku mengangguk, mengenang kembali peristiwa itu. "Ya, aku tahu Atirah dipaksa. Atirah tak ada niat jahat pun."
Support creative writers by reading their stories on Royal Road, not stolen versions.
Kai menyambung kata-katanya lagi. "Dan Team Seven adalah kaki tangan SCI. NPV ialah ubat yang diciptakan oleh Pengetua sekolah. Dia juga bekerja dengan SCI. Sang bertopeng turut berkerjasama dengan SCI."
Aku mengerutkan dahi. "Sebenarnya, apa yang kau cuba cari?"
Kai memandang ke luar jendela seketika sebelum menjawab, "Apa yang aku cuba cari ialah, kenapa si penjubah cuba membunuh kita dan kenapa kita kena turut serta dalam tugas SCI. Kita cuma pelajar biasa."
Aku terdiam, memikirkan kata-kata Kai. Fikiranku mula berpusing memikirkan beberapa perkara yang belum terurai. Peristiwa dimana si penjubah cuba membunuh aku dan Justin, serta kenapa dia cuba membunuh Kai. Dan begitu juga dengan sang bertopeng, adakah Anis dan Azmi kenal dengan dia? Kenapa pula Anis tidak mahu bertegur dengan Team Seven?
Perjalanan kami semakin jauh. Hampir semua orang dalam bus sudah terlelap, kecuali aku dan Kai yang masih terjaga. Kai memandang aku dan berkata, "Betul kata kau, Hazrul. Memang ada misteri yang belum terburai. Sekarang ni, apa yang aku nak tahu adalah siapa sang bertopeng."
Aku bertanya, "Kenapa?"
"Nanti aku akan beritahu kenapa," jawab Kai dengan penuh teka-teki.
Kami berdua hanya diam, masing-masing memikirkan apa yang bakal datang. Masing-masing tahu bahawa perjalanan ini lebih daripada sekadar melawat kubur Atirah. Ada banyak perkara yang lebih besar dan lebih gelap menunggu untuk ditemukan.
Setibanya kami di kampung halaman Atirah, suasana pagi terasa begitu damai. Kami singgah di sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan istimewa. Restoran itu menawarkan pelbagai menu yang menarik, dan ada juga yang berasal dari luar negara. Aku mencari kerusi kosong dan duduk, sementara mataku meliar mencari menu yang ingin dipesan.
Setelah beberapa saat memerhatikan menu, akhirnya kami membuat keputusan untuk memesan makanan ringan. Ros, yang duduk di sebelah, seolah-olah tidak pernah berhenti makan sejak dari tadi. "Tambah!!" teriaknya, membuatkan kami semua terkejut melihat keasyikannya makan.
"Sejak bila dia pesan?" tanya Renjuu, terkejut dengan gelagat Ros yang tak habis-habis makan.
Kami tertawa, namun semuanya tetap melanjutkan makan. Selepas beberapa waktu, Anis meminta izin untuk ke tandas. Aku mengangguk dan memberi isyarat agar dia pergi. Ketika itu, aku mendekati Justin yang sedang duduk sambil memandang ke luar tingkap.
"Hey, Justin, kenapa Anis seperti tidak suka dengan Team Seven?" Aku bertanya, cuba mencari penjelasan.
Justin mengangkat bahu. "Aku tak tahu. Aku masih baru dalam kumpulan ni. Nanti aku akan cuba tanya dia," katanya sambil tersenyum.
Kemudian, Justin meminta diri untuk membasuh tangan. Aku yang masih tidak puas hati, merasa sedikit risau, jadi aku mengikutnya dari belakang, tanpa memberitahunya. Kami berjalan menuju ke arah tandas wanita, di mana Justin berhenti sejenak, menunggu Anis keluar.
Tidak lama selepas itu, Anis keluar, dan Justin terus bertanya, "Kenapa dengan awak ni? Seperti awak tidak suka dengan kami."
Anis kelihatan terkejut dengan soalan Justin, lalu dia menundukkan kepalanya, seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu. "Tidak ada apa-apa. Saya cuba untuk tidak terlalu sering bertemu dengan orang baru," jawab Anis dengan suara perlahan, sebelum berlalu pergi meninggalkan Justin yang masih keliru.
Aku yang berdiri sedikit jauh, sempat melihat ekspresi Anis, dan aku dapat rasa ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan. Justin berjalan di hadapan aku, dan aku segera menghampirinya.
"Justin! Ada apa tadi?" Aku bertanya, ingin tahu lebih lanjut.
Dia berpaling seketika, kemudian menggelengkan kepala. "Oh, kau Hazrul. Aku menegurnya seperti apa yang aku katakan tadi, dan nampaknya dia tidak ingin memberitahu aku apa masalah sebenar dia." Justin menjawab dengan nada sedikit kecewa, seolah-olah tidak mendapat jawapan yang dia harapkan.
Aku terdiam seketika, merenung kembali kata-kata Anis. Aku tahu, ada lebih banyak yang sedang tersembunyi, dan aku perlu mencari jawapan tentangnya. Kenapa dia cuba menjauhkan diri dari Team Seven? Apa yang sebenarnya berlaku?
Selepas meninggalkan restoran itu, kami meneruskan perjalanan. Cuaca yang cerah dan pemandangan yang indah membuatkan suasana semakin menyenangkan.
"Wahh!! Tengok ni, pemandangan yang cantik lah," kata Natsumi sambil menunjukkan ke arah gunung yang kelihatan di kejauhan.
"Ya, tempat ni memang cantik," tambah Renjuu, menyandarkan dagunya ke tangan sambil menikmati pemandangan.
"Aku teringin untuk tinggal di sini," kata Natsumi lagi dengan nada penuh kekaguman.
Perjalanan kami berterusan, dan akhirnya kami sampai di sebuah pasar yang meriah dengan pelbagai kedai kecil yang menjual barangan unik. Di sini, kami berhenti untuk berehat seketika. Azmi, seperti biasa, tertarik dengan gelang tangan yang dijual di salah satu kedai. Kami pun mula menjelajah pasar itu, membeli beberapa cendera mata sebagai kenang-kenangan.
Aku merasa gembira melihat keriangan teman-teman. Kami melihat pelbagai barangan yang aneh, antik, istimewa dan kadang kala mahal harganya. Semua barang itu disusun rapi oleh tuan kedai. Aku turut membeli beberapa barangan kecil, ketawa bersama mereka sambil menikmati suasana yang meriah.
Namun, dalam kegembiraan itu, aku tidak dapat mengelakkan diri daripada memerhatikan Anis. Dia kelihatan lebih selesa dengan Kelab Misteri berbanding dengan Team Seven, yang menjadi perhatian aku. Aku berbisik kepada Azmi, ingin tahu lebih lanjut.
"Hey, Azmi. Kenapa dengan Anis? Kenapa dia tak selesa dengan pasukan Team Seven?" Aku bertanya dengan suara yang rendah.
Azmi melirik ke arah Anis sejenak, lalu menggelengkan kepalanya. "Aku tak tahu kenapa dengan dia. Dan kenapa dia tak selesa dengan Team Seven," jawabnya dengan nada yang agak bingung.
Dalam masa yang sama, aku juga ingin tahu apa yang sebenarnya Azmi cari di kampung halaman ini. Aku bertanya dengan penuh rasa ingin tahu. "Sebenarnya apa yang kau cari di kampung halaman ini?"
Azmi mengeluarkan sebuah buku catatan kecil dari begnya dan membuka beberapa halaman. "Ini diari Atirah," katanya sambil menunjukkan bukunya. "Dalam ni tertulis asal usul Atirah menjadi pemerhati. Mungkin kalau kita pergi ke rumah Atirah, kita boleh dapatkan petunjuk tentang bagaimana dia boleh jadi seperti tu. Dan satu lagi, Atirah ni kawan kami. Takkan kami nak biarkan dia begitu je."
Aku terdiam seketika, terkejut dengan apa yang Azmi katakan. Ternyata ada lebih banyak yang kami perlu ketahui tentang Atirah dan peranannya dalam semua kejadian yang berlaku. Kami perlu mencari jawapan, dan perjalanan kami ke kampung halaman ini mungkin akan membuka beberapa rahsia yang selama ini tersembunyi.
Setibanya kami di kubur Atirah, suasana menjadi agak tenang. Kubur ibu bapa Atirah terletak bersebelahan, dan aku dapat merasakan betapa dalamnya kesedihan yang dialami oleh Atirah. Tidak jauh dari kubur itu, aku berdiri sebentar, memerhatikan batu nisan yang tersusun rapi. Kami semua memberikan penghormatan seketika sebelum meneruskan langkah kami.
Selepas itu, kami menuju ke rumah Atirah. Rumah yang kelihatan sederhana, tetapi ada sesuatu yang aneh tentangnya. Team kami terbahagi kepada dua kumpulan, masing-masing dengan tujuan yang berbeza. Kami sudah bersedia untuk mencari petunjuk yang boleh membantu mengungkap rahsia di sebalik segala kejadian yang berlaku.
Azmi, Anita, Amiliya, dan aku akan cuba mencari bukti atau petunjuk dalam rumah Atirah. Kami menyelidiki setiap sudut rumah dengan teliti. Setiap perabot, gambar, dan barang peribadi Atirah diperiksa. Aku merasa ada sesuatu yang tidak kena, tetapi kami tetap mencari dengan sabar.
Sementara itu, Renjuu, Natsumi, Justin, Max, dan Ros berusaha mencari maklumat tentang kematian ibu bapa Atirah. Mereka pergi ke tempat yang berdekatan untuk bertanya kepada penduduk setempat atau mencari sebarang dokumen yang boleh memberi petunjuk. Aku berharap mereka dapat menemukan sesuatu yang berguna.
Anis, yang kelihatan lebih cenderung menjauhkan diri daripada yang lain, sedang bermain di pantai. Kai, yang seringkali kelihatan tenang dan tertarik dengan teknologi, menemani Anis. Aku dapat melihat Kai asyik memerhatikan telefon bimbitnya, mungkin menggodam sesuatu atau sekadar bermain game. Mungkin dia mencari isyarat aneh atau apa-apa yang berkaitan dengan kejadian yang sedang kami selesaikan. Kai memang seorang yang pintar dalam hal-hal seperti itu, dan aku percaya dia mungkin akan menemui sesuatu yang penting.
Kami semua sibuk dengan tugas masing-masing, tetapi aku tetap merasa ada kaitan antara semua kejadian ini, terutama mengenai si penjubah dan misteri di sebalik Atirah. Aku hanya berharap kami dapat menemui jawapan yang jelas, supaya segala keraguan dan kebingungan ini dapat terungkai.
Pasukan aku memasuki rumah Atirah. Setelah berjaya menembus masuk, aku melihat beberapa keping gambar yang terletak di atas meja. Aku mendekati gambar-gambar tersebut dan mendapati bahawa gambar itu menunjukkan Atirah bersama dengan ahli keluarganya. Azmi pula menjumpai sepucuk surat yang terselip di bawah tumpukan kertas. Surat itu tertulis, "Salam penghormatan Atirah. Kami dari Akademi Putra ingin memberitahu kepada anda bahawa anda telah terpilih untuk memasuki sekolah kami."
Surat tersebut ternyata datang dari Akademi Putra. Yang anehnya, surat itu kelihatan masih baru, seolah-olah baru sahaja diterima. Kenapa surat ini masih dalam keadaan begitu sempurna? Apa yang berlaku?
Sudah puas kami mencari di seluruh rumah, akhirnya kami berhenti seketika. Keadaan semakin kacau.
"Sudah lah! Dah tak ada bukti lagi," kata Anita dengan nada kecewa.
Namun, sebelum kami meninggalkan tempat itu, Amiliya terjumpa sesuatu di bawah meja.
"Tengok! Apa ni?" katanya, sambil menunjukkan sesuatu yang pelik.
Azmi segera melangkah ke arah Amiliya, memeriksa dengan lebih teliti. "Itu ialah bom! Jangan sentuh!" katanya dengan kuat, memandang kami semua dengan serius.
Namun, sebaik sahaja Amiliya tersentuh benda tersebut, bom itu tiba-tiba mula mengira detik. Suasana menjadi panik dalam sekelip mata.
"Gerak cepat!" teriak Azmi, sambil menarik kami semua berlari menuju pintu depan. Kami berlari dengan sepenuh tenaga, dan aku yang berada di depan dengan cepat membuka pintu rumah. Tanpa berlengah, aku melompat keluar dengan sekuat hati.
Sebaik sahaja kami melompat keluar, rumah Atirah meletup dengan letupan yang sangat kuat. Api membakar segala yang ada, dan rumah itu musnah dalam sekelip mata. Runtuhan dan kepingan-kepingan kayu terbang ke udara, membuatkan kami semua terdorong ke belakang oleh gelombang kejutannya. Rumah yang penuh dengan misteri dan kenangan kini hancur berkecai.
Kami hanya berdiri di tempat yang selamat, memandang ke arah sisa-sisa kebakaran yang masih menyala. Dalam hati, aku tahu ini belum berakhir. Masih banyak yang perlu kami cari dan jawabkan. Tapi yang jelas, kejadian ini hanya menambah lagi misteri yang perlu diselesaikan.
"Ini baru permulaan," kata Azmi, mengeluh pelan. "Kita harus teruskan. Ada sesuatu yang lebih besar yang sedang berlaku."
Amiliya berkata dengan nada yang terkesan, "Rumah ni terbakar sama seperti tempat kerja ibu ku." Aku memandangnya, dan tiba-tiba aku teringat sesuatu yang penting. 'Rumah Haikal pun pernah terbakar seperti ini, menyebabkan gambar yang ditangkap oleh ayahnya turut musnah. Mungkin ada kaitan dengan pengganas yang dicakapkan mereka.'
Fikiran aku melayang seketika, merenung apa yang baru sahaja Amiliya katakan. Ada yang tidak kena, dan aku pasti kebakaran ini bukanlah kebetulan. Kami segera berkumpul di pantai untuk berbincang.
Di sisi lain, Team Seven berjaya mengumpul maklumat tentang punca kematian ibu bapa Atirah.
"Ia kerana sebuah kemalangan. Selain itu, terdapat video yang aneh. Video ini rosak untuk beberapa saat, mungkin Kai boleh membaikinya," kata Renjuu, menjelaskan hasil siasatan mereka.
Kami segera bergegas mencari Kai. Kami menemui dia sedang duduk di sebuah sudut pantai, kelihatan sedikit sibuk.
"Hey, Kai, adakah kau jumpa sesuatu?" tanya Max, ingin mengetahui lebih lanjut.
Kai menggelengkan kepala. "Tidak ada apa-apa yang pelik berlaku," jawabnya dengan wajah yang serius. "Tapi, aku ada sesuatu yang mungkin boleh membantu."
Kami semua berpandangan sesama sendiri. Jika Kai tiada menemui apa-apa lagi, maknanya semuanya bergantung pada video yang rosak tadi. Kami pun memberikannya kepada Kai.
"Ini video yang aneh. Mungkin ada sesuatu yang tersembunyi di dalamnya," kata aku, menyerahkan video itu kepadanya.
Kai mengangguk, mengambil video itu dan memasukkan ke dalam peranti. "Biar aku cuba baiki. Mungkin kita boleh dapatkan sesuatu dari sini."
Kami menunggu dengan penuh harapan, kerana ini mungkin petunjuk yang kami perlukan untuk meneruskan pencarian kami. Namun, dalam hati, aku tidak dapat mengelak daripada merasakan bahawa semua ini adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar.
Selepas itu, kami bermain di pantai sambil menikmati pemandangan yang indah. Suasana yang tenang dan angin laut yang sejuk seakan memberi kami ruang untuk melepaskan penat. Namun, aku tidak boleh melupakan apa yang baru saja kami temui – petunjuk yang semakin mengarah kepada sesuatu yang lebih besar.
Apabila kami pulang, aku bergegas pergi ke bilik Kai. Dia kelihatan sibuk dengan komputernya, tapi apabila aku masuk, dia segera berpaling dan menunjukkan sesuatu kepadaku.
"Ada apa, Kai?" tanyaku, sedikit kebingungan.
"Cuba tengok ini," jawab Kai, sambil menunjukkan kepadaku satu gambar yang terpapar di skrin komputernya.
Gambar itu menunjukkan tiga orang yang tidak aku kenali, dan di bawah gambar terdapat beberapa nota yang tertulis. Aku memerhatikan dengan lebih teliti.
"Dalam gambar ini menunjukkan tiga orang hasil ujian DNA. Hakimi, Hafiz, dan Anis," kata Kai, menjelaskan gambar tersebut. "Bila aku buat siasatan tentang Hakimi, aku terjumpa sesuatu yang mengejutkan."
Kai berhenti sebentar, seolah-olah menunggu reaksiku.
"Hakimi ialah hasil DNA yang sempurna. Dan yang paling hebat, dia juga ada kaitan dengan Raimundor," sambung Kai, wajahnya serius.
Aku terkejut. Raimundor? Nama itu memberi kesan yang mendalam padaku. Aku tahu siapa Raimundor, dan jika benar Hakimi ada kaitan dengannya, maka ini membawa kami ke sebuah jalan yang lebih gelap dan berbahaya.
"Apa maksud kau dengan kaitan itu?" tanyaku, suara aku sedikit gementar. "Kenapa ini tidak pernah disebutkan sebelumnya?"
Kai menggelengkan kepala. "Aku pun baru tahu semua ini. Tapi, ini sangat penting. Kita perlu tahu lebih lanjut tentang Raimundor dan apa sebenarnya yang dia sedang rancang."
Aku mengangguk perlahan, perasaan cemas dan bingung bercampur aduk dalam fikiranku. Apa yang sedang berlaku? Apa hubungan antara Hakimi, Raimundor, dan semua yang kami hadapi sekarang? Kami berada di persimpangan yang penuh teka-teki, dan semakin banyak petunjuk yang muncul, semakin dekat kami dengan sesuatu yang sangat besar.