home

search

Chapter 28 Harapan

  HARI KEDUA PULUH LAPAN

  Keadaan malam mula sunyi. Aku berdiri di tingkap, merenung suasana gelap yang dilingkari oleh bunyi cengkerik yang mendayu. Perlahan-lahan, aku mencapai beg di sisi meja dan mula melangkah ke pintu.

  Sebelum keluar, mataku sempat tertumpu pada Aiman yang sedang lena di katilnya. Wajahnya kelihatan tenang, seperti tidak terganggu oleh apa-apa.

  “Bila dia bangun nanti, tentu dia akan baca surat itu,” bisik hati kecilku.

  Aku membuka pintu dengan amat perlahan, memastikan tidak ada bunyi yang boleh mengejutkan Aiman. Sebelum melangkah keluar sepenuhnya, aku sempat berbisik perlahan,

  “Selamat tinggal, Aiman.”

  Kemudian, pintu itu tertutup dengan lembut di belakangku.

  Berada di luar bilik, aku berjalan menyusuri koridor yang panjang. Lampu malap di sepanjang laluan itu memberikan bayangan samar pada dinding. Ada sesuatu tentang koridor ini yang terasa aneh—seolah-olah ia dikenali, seperti dalam mimpiku sebelum ini.

  "Mirip dengan mimpi aku," aku berkata kepada diriku sendiri. "Aku berjalan di koridor, dan seseorang akan menegur aku."

  Perasaan resah mula menguasai. Aku memberanikan diri untuk menoleh ke belakang, memeriksa kalau-kalau ada seseorang mengekori. Tetapi kosong—hanya bayangan aku sendiri yang memanjang di lantai berjubin. Tiada siapa di sana.

  Namun, rasa seperti diperhatikan masih menyelubungi. Mata aku mengerling ke arah dinding dan siling, cuba mencari punca perasaan itu. Tetapi tiada apa-apa.

  "Mungkin aku cuma terbayang-bayang," aku cuba menenangkan diri. Langkah kaki diteruskan, walaupun hati terasa sedikit berat.

  Tiba-tiba, suara seseorang memecah keheningan.

  "Awak nak ke mana malam-malam ni?"

  Aku tersentak, berputar pantas ke arah suara itu. Seorang pelajar perempuan berdiri di hujung koridor, wajahnya samar dalam pencahayaan yang suram. Pelajar perempuan itu, salah seorang dari pengawas yang sering membuat rondaan waktu malam di Akademi Putra.

  "Cikgu tahu tak awak keluar waktu ni?" Dia memandang aku dengan serius, tangan bersilang di dadanya.

  Aku cuba mengawal diri daripada kelihatan terlalu terkejut.

  "Hanya ambil angin sebentar," balasku perlahan, cuba memberi alasan yang meyakinkan.

  Budak perempuan itu tidak bergerak, tetapi matanya tajam, seperti sedang mengkaji setiap pergerakan aku.

  "Ambil angin atau ada hal lain?"

  Aku menarik nafas panjang, cuba mencari kata-kata. Tetapi sebelum aku sempat menjawab, dia berkata lagi, "Awak tahu peraturan. Jika awak keluar tanpa kebenaran, risiko bukan kecil."

  "Risiko saya tanggung sendiri," balasku, nada suara lebih tegas. Aku tahu dia hanya menjalankan tugas, tetapi aku tidak boleh membiarkan dia menghalang aku malam ini.

  Dia mengangguk perlahan, seolah-olah memahami sesuatu yang aku sendiri belum ungkapkan. "Baiklah," katanya akhirnya, "Tapi hati-hati. Koridor ini lebih banyak rahsia daripada yang awak sangka."

  Aku tidak pasti apa maksudnya, tetapi aku mengangguk dan meneruskan perjalanan, meninggalkan dia di belakang. Langkahku semakin laju, sementara fikiran aku melayang kepada surat yang aku tinggalkan untuk Aiman. Aku harap dia akan faham apa yang aku cuba sampaikan.

  Malam semakin dingin, dan di hujung koridor, aku dapat merasakan sesuatu sedang menunggu. Sesuatu yang mungkin mengubah segalanya.

  Sekarang ni, aku sedang berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Hanya tinggal separuh jalan sahaja lagi. Dalam keadaan mengantuk, aku cuba menguatkan diri untuk pergi ke bandar. Rancanganku mudah: setelah sampai di sana, aku mahu mencari kereta sewa dan terus pulang ke kampungku. Namun, langkahku terhenti apabila suara seseorang memecah keheningan malam.

  "Ke mana kau hendak pergi?"

  Aku berpaling ke belakang. Dari bayangan gelap, dia muncul perlahan-lahan. Wajahnya serius, penuh teka-teki. Ternyata orang itu ialah Max.

  "Kenapa? Kau fikir aku tak tahu kau mahu keluar dari sini?" katanya, nada suara tajam.

  Aku mengetap bibir dan terus berjalan tanpa memperlahankan langkah.

  "Jangan halang aku. Aku sudah tak tahan bila berada di sini," balasku, cuba mengekalkan ketenangan.

  Tiba-tiba, "Srekk!" — tali begku terputus. Max memotongnya dengan sesuatu yang tajam. Aku berhenti, memandangnya dengan rasa tak percaya.

  "Jika kau pergi, ke mana kau mahu tinggal?" tanyanya lagi, kali ini nadanya lebih perlahan tetapi menusuk.

  Aku tidak menjawab. Tiada gunanya berbicara dengan dia sekarang. Aku meneruskan langkahku.

  Max bergerak pantas ke hadapan dan menghunus pedangnya, menghalakannya tepat ke arahku. "Jika kau teruskan lagi, aku akan mencederakan kaki kau."

  Aku berhenti sejenak, tetapi hanya seketika. Aku tidak peduli. Pedang itu takkan menghentikan aku. Aku meneruskan langkahku sekali lagi.

  Tiba-tiba, kesakitan menikam kaki kiriku. Darah mula mengalir, membasahi tanah. Aku rebah, kedua-dua tanganku menutupi luka yang semakin pedih. Nafasku tercungap-cungap.

  Max berdiri di hadapanku, memandang dengan pandangan yang aku tak mampu tafsirkan. Dengan perlahan dia berkata, "Sudah cukuplah aku melihat Raimundor mati. Sekarang ni kau pula." Dia menyimpan pedangnya semula.

  Aku mendongak, menatapnya dengan mata yang mula berair.

  "Kenapa kau mencederakan kaki aku?" tanyaku dengan nada kecewa dan marah.

  Max memandangku dingin. "Aku sudah bagi amaran, tapi kau tak mahu mendengarnya."

  Suasana sunyi seketika, hanya bunyi deru angin yang menemani. Dari arah tiang lampu di sebelah kiri, muncul seorang lagi wajah yang tidak asing. Justin keluar dari balik bayangan, ekspresinya kelihatan risau dan keliru.

  "Hazrul! Apa yang membuatkan kau ingin keluar dari Akademi ini?" tanya Justin, pandangannya tertumpu kepadaku.

  Aku mengerutkan kening, cuba mengalihkan perbualan. "Kenapa kamu berdua bergaduh tempoh hari?" tanyaku.

  Max menjawab dengan segera, nadanya dingin. "Kerana aku dirasuk." Dia memandangku tajam. "Begitu juga dengan kau, Hazrul."

  Justin menyambung, "Seseorang sedang menghuru-harakan sekolah ini. Mereka cuba buat kita bergaduh sesama sendiri."

  Max menudingkan jari ke arahku, suaranya kembali mendesak. "Jadi jawablah. Apa punca kau jadi begini?"

  Aku memandang mereka berdua dengan serba salah. Perlukah aku beritahu mereka tentang amaran itu? Kalau aku diam, mereka takkan faham. Akhirnya, aku terpaksa berkata juga.

  "Sebenarnya, seseorang menghantar amaran kepada aku. Jika aku tak tinggalkan Akademi ini, kamu semua bakal dibunuh."

  Justin membisu, wajahnya berubah tegang. Max pula mendengus kecil. Dia menggeleng kepala sambil berkata, "Itu cuma tipu muslihat mereka. Kalau kau pergi, lebih ramai lagi yang akan terkorban."

  Aku terdiam. Kata-kata Max menusuk masuk ke dalam fikiran. Adakah benar keputusanku ini hanya akan membuatkan keadaan bertambah buruk? Namun di sudut hatiku, aku masih tertanya-tanya—siapa yang menghantar amaran itu, dan apa tujuan sebenar mereka?

  Kemudian, suasana sunyi itu dipecahkan oleh bunyi langkah kecil yang datang dari arah gelap. Dari tempat persembunyian, Aiman muncul dengan wajah penuh simpati.

  "Hazrul Aku tak tahu yang selama ni kau mengalami nasib seperti ini," katanya, suaranya bergetar, matanya memandang aku dengan rasa bersalah.

  Di sebelahnya, Alia turut melangkah ke hadapan. Wajahnya lembut namun penuh ketegasan.

  "Ya, jika awak bagitahu kami dari awal, dah tentu kami akan menolong awak," katanya sambil menggenggam erat tangannya, seolah-olah berjanji untuk berada di sisiku.

  Azmi pula tersenyum tipis sambil menyilangkan tangan di dada. Dengan nada yakin, dia menyampuk, "Aku telah kehilangan ibu bapa sejak kecil, dan aku berjaya mengawal kesedihanku. Kalau aku boleh bertahan, kenapa tidak engkau?"

  Kata-katanya menusuk tepat ke hatiku. Mereka semua memahami, dan di situ aku mula sedar bahawa mungkin aku tidak perlu memikul semuanya sendiri.

  Tidak lama kemudian, lebih ramai rakan-rakanku muncul dari tempat persembunyian mereka. Justin, Amiliya, Anita, dan Natsumi melangkah keluar satu per satu. Wajah-wajah mereka penuh dengan kebimbangan tetapi juga harapan.

  Max mengangkat tangannya ke udara, menarik perhatian semua orang sebelum bersuara lantang. "Lihatlah, Hazrul! Kau tidak bersendirian. Kau masih ada kami. Sekuat apa pun mereka, kita boleh melawan mereka bersama-sama!"

  Aku memandang ke arah mereka semua, satu demi satu—Azmi, Alia, Aiman, Max, Justin, Amiliya, Anita, dan Natsumi. Mereka semua berada di situ, di sisiku. Aku terasa seperti beban yang selama ini menekan pundakku mula berkurangan.

  Azmi melangkah lebih dekat dan berkata lagi, kali ini dengan suara penuh semangat. "Jika kau berputus asa sekarang, itu bermakna kau kalah kepada mereka. Kita semua tahu kau lebih kuat daripada itu."

  Aku terdiam, kata-kata mereka mengalir ke dalam jiwaku seperti cahaya di tengah kegelapan. Mereka tidak hanya sekadar kawan sekelas; mereka adalah keluarga—orang-orang yang sanggup berdiri bersamaku walaupun dalam keadaan paling sulit. Perlahan-lahan, genggaman tanganku mengetat, dan aku mengangguk.

  "Terima kasih... semua," kataku perlahan, tetapi cukup untuk didengar mereka. Dalam hati, aku berjanji untuk tidak menyerah, kerana mereka adalah sebab aku harus terus berjuang.

  Dalam hening malam itu, dengan cahaya lampu samar-samar di sekeliling, aku dan kawan-kawanku berdiri teguh. Bersama, kami tidak akan kalah.

  Aku mula tersedar, selama ini aku menyelesaikan masalah seorang diri. Aku selalu berfikir bahawa memikul segalanya tanpa bantuan orang lain adalah jalan terbaik. Namun kini, setelah kawan-kawanku tahu apa yang aku lalui, mereka membuka mataku bahawa aku tidak pernah benar-benar bersendirian.

  Dengan tekad baru, aku berdiri, mengangkat begku, dan melupakan apa yang terjadi sejenak. Tanpa banyak kata, aku berjalan pulang bersama mereka. Suasana di sekitar kami sunyi, hanya desiran angin malam yang menemani langkah kami. Walaupun tidak ada yang berbicara, kehadiran mereka di sisiku cukup membuat hatiku terasa lebih ringan.

  Setibanya di asrama lelaki, aku meminta diri untuk ke tandas. Mungkin aku hanya perlu sekejap untuk menenangkan fikiran—jauh dari pandangan mata mereka. Langkahku perlahan menyusuri lorong sempit asrama, cahaya lampu malap memantulkan bayangan samar di dinding.

  Namun, ketika menghampiri pintu tandas, aku berhenti. Rasa tidak sedap hati merayap ke seluruh tubuhku. Di hujung koridor, sosok itu muncul—Sang Bertopeng. Dia berdiri di bawah cahaya lampu, wajahnya masih disembunyikan di balik topeng hitam yang menutupi hampir keseluruhannya.

  Stolen content warning: this tale belongs on Royal Road. Report any occurrences elsewhere.

  Aku menegakkan tubuhku, cuba berlagak tenang walaupun jantungku berdegup kencang. Mataku tajam memandangnya. "Kau lagi..." kataku perlahan.

  Dia menyentuh topengnya sedikit, seolah-olah sedang tersenyum di baliknya. Suaranya terdengar tenang tetapi penuh misteri. "Baiklah, seperti yang aku katakan, kau memang istimewa."

  Aku menggenggam erat tali begku. "Apa yang engkau mahukan?" tanyaku dengan nada mendatar tetapi berwaspada.

  Dia menjawab dengan nada selamba, seolah-olah apa yang dikatakannya bukanlah sesuatu yang besar. "Sekarang engkau sudah tahu kenapa Anis trauma, kan? Selepas ini, dia akan melupakan video yang dia lihat di perpustakaan. Bila itu berlaku..." Dia berhenti sejenak, lalu menyambung dengan nada tegas, "...janganlah kau ganggu dia lagi."

  Kata-katanya bagaikan tamparan. Aku ingin membalas, tetapi sebelum sempat aku membuka mulut, dia melangkah ke belakang, bayangnya makin kabur. Suaranya bergema sekali lagi, seakan-akan datang dari seluruh penjuru. "Sayonara."

  Kemudian dia lenyap begitu saja—tanpa jejak, seolah-olah angin malam membawanya pergi.

  Aku berdiri di situ, diam membatu. Kata-kata Sang Bertopeng berputar di dalam kepalaku. Anis... perpustakaan... video? Aku memejamkan mata seketika, cuba menyusun segala informasi yang baru aku terima. Ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di Akademi Putra, sesuatu yang belum aku fahami sepenuhnya.

  Dengan langkah berat, aku akhirnya meneruskan perjalanan ke tandas. Namun, satu hal pasti—aku tidak akan berhenti di sini. Aku perlu mencari jawapan.

  Pagi itu, aku pergi menemui Kai. Di biliknya, dia sedang menonton video yang diterimanya beberapa hari lalu.

  Aku mengetuk pintu, dan dia menyahut, "Masuklah, Hazrul."

  Kai menoleh sebentar sebelum kembali memandang skrin komputernya. "Kau tahu, Hazrul. Video yang kita lihat ni mampu menggoncang emosi dan ingatan kita. Bila menonton video ni, otak kita jadi kabur, malah boleh merosakkan memori. Bagi mangsa, kesannya lebih dahsyat. Aku kagum dengan orang yang mencipta video ni, tapi aku juga benci. Kau masih ingat video yang kita jumpa di rumah Atirah?"

  Aku mengangguk kecil, dan Kai memainkan rakaman itu.

  Rakaman tersebut menayangkan detik-detik Atirah dipaksa, sama seperti apa yang aku pernah alami. Ia lebih menyakitkan apabila rakaman itu menunjukkan keluarganya dibunuh dengan kejam. Kemudian, muncul mesej yang tertulis:

  "Bunuh Justin, kalau tidak Hazrul akan kami bunuh."

  Aku terkejut dan termenung. Apa sebenarnya maksud video ini? Kenapa mereka tak terus bunuh aku saja? Kenapa mesti menyuruh Atirah membunuh Justin?

  Kai menatap skrin dengan pandangan serius. "Situasi ni memang pelik. Lagi lama aku fikir, lagi banyak persoalan muncul. Seolah-olah ada yang sengaja mahu kita mainkan permainan mereka."

  Dia memandangku dengan tekad yang membara di wajahnya. "Hazrul, aku rasa kita sedang dimanipulasi oleh seseorang. Kita kena cari siapa dalang di sebalik semua ini. Tapi sekarang, kau perlu fokus perkuatkan diri sebelum ‘Hari Terasing’ tiba."

  Aku menggigit bibir, rasa gelisah mula merayap di hatiku. "Kai, kalau hari itu tiba, macam mana kami nak berkomunikasi dengan kau?"

  Dia tersenyum kecil, penuh yakin. "Jangan risau. Komputer yang Max ubah suai dah cukup canggih untuk pastikan komunikasi kita tak terputus, walaupun dalam keadaan paling sukar sekalipun."

  Aku menarik nafas dalam-dalam. Kata-kata Kai memberi sedikit keyakinan. Aku tahu, apa pun yang akan berlaku nanti, aku perlu bersedia. Latihan intensif menanti, dan aku harus menjadi lebih kuat — demi menghadapi apa saja yang akan muncul di ‘Hari Terasing’.

  Aku menuju ke bilik Team Seven untuk mencari dia. Namun, apabila sampai di sana, bilik itu kelihatan kosong.

  Aku meneruskan pencarian di padang dan sekitarnya. Namun, dia tetap tiada.

  Kecewa, aku berhenti seketika dan duduk berehat di bangku berdekatan taman. Angin pagi yang sejuk menyapa wajahku, memberi sedikit ketenangan. Saat aku sedang termenung, Husnah muncul tiba-tiba dan menghampiriku.

  "Rupanya awak di sini," katanya sambil memandangku dengan wajah serius. "Kenapa awak cuba melarikan diri dari Akademi Putra semalam?"

  Aku hanya terdiam. Tidak ada jawapan yang mampu aku berikan. Husnah tidak memaksa. Dia menarik nafas perlahan dan duduk di sebelahku.

  "Kenapa diam? Saya tak akan marah. Cuma saya mahu tahu," katanya lagi.

  Aku memandang ke arah tanah, mengelak daripada menatap matanya. Dengan suara perlahan, aku akhirnya bersuara. "Hey, Husnah... adakah awak sukakan saya?"

  Husnah terperanjat. Matanya terbuka luas, jelas sekali dia tidak menjangkakan soalan itu. "Apa?" balasnya, agak gugup.

  Aku mengangkat pandangan sedikit, tetapi masih tidak melihat wajahnya.

  "Kalau awak suka saya, terus terang saja. Jangan simpan dalam hati."

  Dia terdiam lama. Aku hampir menyangka dia tidak akan menjawab. Namun, perlahan-lahan, dia membuka mulut. "Ya... saya memang sukakan awak."

  Kata-katanya membuatkan aku tersentak. Aku memandangnya dengan rasa tidak percaya.

  "Kenapa?" tanyaku perlahan, ingin tahu apa yang membuatkan dia berkata begitu.

  Dia tersenyum, walaupun sedikit malu, dan menjawab,

  "Kerana awak... adalah seorang yang istimewa."

  Aku termenung, memikirkan kata-katanya. Dengan nada perlahan, aku mengulang kata-katanya dalam hati. "Begitu rupanya. Jadi aku ini istimewa..."

  Sebuah senyuman kecil muncul di bibirku, tetapi dalam hati, aku mentertawakan diriku sendiri. 'Istimewa? Apa yang istimewa dengan aku?'

  Husnah tiba-tiba bergerak lebih dekat kepadaku, hampir menyentuh bahuku. Kehangatan kehadirannya terasa. Aku tidak tahu apa maksud semua ini, tetapi saat itu, aku hanya membiarkan suasana berbicara. Taman itu menjadi saksi kepada detik yang aku sendiri tidak pasti bagaimana akhirnya.

  Husnah memandang ke langit yang cerah, awan berarak perlahan seperti menyampaikan pesan tanpa suara. Dia menarik nafas panjang lalu berkata: "Hey! Janganlah awak sedih lagi. Apa yang lepas biarlah lepas. Kita tak boleh ubah masa silam, tapi kita boleh ubah masa depan."

  Kata-kata itu menusuk ke dalam hati aku. Aku seperti pernah dengar ayat ini sebelum ini, tetapi di mana? Entahlah.

  Aku mengangguk perlahan, menyedari betapa benarnya kata-kata itu. Masa tak mungkin dapat diundurkan, tapi masa depan... itulah medan perjuangan sebenar. Aku berdiri, keyakinan mula menyala di dada.

  "Baik! Aku perlu mengubah apa yang bakal terjadi," kataku dengan nada penuh tekad. Aku menoleh ke arah Husnah dan tersenyum. "Husnah, terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan saya. Betul kata awak, kita boleh ubah masa depan. Saya akan menanti masa depan itu dan akan melawannya."

  Husnah membalas dengan senyuman dan berkata dengan lembut penuh keyakinan. "Hmm, saya pun akan tolong awak, Hazrul, untuk melawan pengganas itu."

  Aku terkejut dan memandangnya dengan penuh tanda tanya. "Eh! Macam mana awak tahu pasal pengganas?"

  Dia ketawa kecil dan menjawab, "Awak ni nyanyuk ke? Aiman dah beritahu kami yang kami semua dah tahu segalanya."

  "Sejak bila?" tanyaku sambil cuba mengingati perbincangan yang mungkin terlepas.

  Husnah menjawab sambil mengangkat bahu, "Aaahh, kalau awak tak ingat tak apalah! Sekarang ni semua orang dah tahu apa yang awak lakukan, termasuk pihak sekolah."

  Jadi pihak sekolah dah tahu semuanya? Ini semakin rumit.

  Tak lama selepas itu, Max tiba-tiba muncul, memanggil aku dengan wajah serius. "Hazrul, maaf sebab aku terpaksa mencederakan kaki kau hari itu."

  Aku tersenyum nipis, cuba untuk menunjukkan bahawa aku tidak menyimpan dendam. "Tak apa. Natsumi dah pun sembuhkan kaki aku," jawabku, cuba berbaik dengan Max.

  Max mengetap bibir sejenak sebelum berkata, "Hari ini kita tak boleh buang masa. Kita kena mula berlatih berlawan sekarang juga."

  Aku mengerutkan dahi, cuba memahami kesungguhan Max. "Max, kenapa kau begitu bersungguh-sungguh mengajar aku cara bermain pedang?" tanyaku dengan penuh rasa ingin tahu.

  Max menarik nafas panjang, lalu menjawab. "Kau istimewa, Hazrul. Ingat lagi tentang pedang Burung Emas? Pedang milik Raimundor?"

  "Ya, aku ingat," balasku, sedikit keliru kenapa pedang itu tiba-tiba disebut.

  Max meneruskan, "Pedang itu mempunyai kuasa hebat, tetapi hanya akan bangkit apabila dipegang oleh orang terpilih. Setelah Raimundor meninggal dunia, pedang itu memilih kau, Hazrul. Dengan kata lain, kau ialah pemilik seterusnya. Kau orang terpilih."

  Aku terkedu. Jadi inilah sebab kenapa Max bersungguh-sungguh melatih aku.

  Max memegang tanganku, menarikku dengan tegas ke arah tempat latihan. "Tak ada masa untuk berehat. Kita kena asah kemampuan kau sekarang!"

  Husnah pula, yang mendengar semua itu, tidak mahu ketinggalan. "Max, saya ikut sekali! Saya pun nak pastikan Hazrul bersedia," katanya sambil mengejar langkah kami.

  Latihan itu bakal menjadi awal kepada perubahan besar dalam hidup aku.

  Kawasan latihan terasa sedikit berangin, dedaun berterbangan seolah-olah menjadi saksi kepada pertarungan yang bakal berlangsung. Max berdiri beberapa langkah di hadapanku, wajahnya serius. Dengan satu gerakan pantas, dia melemparkan pedang Burung Emas ke arahku.

  "Ambil ini! Kita akan gunakan pedang yang sebenar dalam latihan kali ini," katanya tegas.

  Aku menangkap pedang itu dengan kedua-dua tangan, terasa berat dan dingin logamnya. Di tempat duduk penonton, Husnah memandang aku dengan mata penuh perhatian, jelas risau tetapi tidak berkata apa-apa.

  Max terus berkata, "Aku tahu, sang bertopeng mengajarkan kau tentang teknik berlawan Raimundor. Tapi aku di sini untuk ajarkan kau cara yang betul."

  Aku memandang Max dengan keliru. "Dari mana kau tahu yang sang bertopeng mengajar aku teknik itu?"

  Max tersenyum sinis, "Kau lupa? Kita ada mata-mata yang selalu memerhatikan sekolah ini. Iaitu Kai."

  Aku terkejut, tetapi dalam hati aku kagum. Kai memang hebat dalam tugasnya sebagai pengintip.

  "Baik, mari kita mulakan!" kata Max, sebelum melancarkan serangan pantas ke arahku.

  Aku mengelak serangan itu dengan langkah tergesa-gesa. Mata pedangnya menghentam dahan-dahan pokok, menghasilkan bunyi tajam seperti lonceng pertempuran.

  "Cepatlah! Tunjukkan teknik yang diajarkan oleh sang bertopeng itu!" jerit Max sambil meluru lagi ke arahku.

  Aku terdesak. Setiap serangan Max lebih pantas dan kuat. Tetapi entah bagaimana, pedang di tanganku terasa semakin ringan. Gerakanku menjadi lebih lancar. Dengan teknik yang diajar sang bertopeng, aku mula bertindak balas.

  Aku mengelak sedikit, lalu pedangku mencalarkan bahunya. Pertembungan pedang kami menghasilkan percikan cahaya.

  "Bagus! Tapi belum cukup!" Max menggerakkan pedangnya lebih laju, menyerang tanpa henti. Aku cuba menangkis, tetapi akhirnya pedangnya berjaya melukai tanganku.

  Aku jatuh ke tanah, memegang tangan yang berdarah. Dari jauh, Husnah berlari ke arahku.

  "Hazrul! Awak ok ke?" tanyanya cemas, matanya penuh kebimbangan.

  Aku hanya mengangguk perlahan sambil menahan sakit di tanganku. Max menghampiriku, wajahnya serius tetapi dengan nada lembut dia memberi nasihat.

  "Bangun, Hazrul! Kau telah berjaya keluar dari keputusasaan yang hebat. Kau harus bertarung dengan sepenuh hatimu!"

  Tiba-tiba, Ros dan Roger muncul, berjalan menuju ke arah kami. Ros menatap Max dengan pandangan tidak setuju. "Max, kau tak perlu berkeras memaksa Hazrul. Pedang itu akan membantunya pada waktunya sendiri," katanya.

  Max menggeleng, membantah, "Aku tahu pedang ini akan membantunya. Tapi lihatlah Raimundor! Dia terlalu bergantung pada pedang itu, termakan kata-kata pedangnya, lalu mati di dalam cahaya! Jika Hazrul berlawan tanpa pedang, mampukah dia menang?"

  Roger menjawab dengan tenang, penuh keyakinan. "Jika Hazrul berlawan tanpa pedang itu, dia tetap akan selamat. Orang-orang yang dipilih oleh pedang itu tidak mati dengan mudah."

  Max memandang ke tanah, kelihatan bimbang. Suaranya berubah lembut, seperti bercakap pada dirinya sendiri. "Baiklah. Jangan memaksa orang untuk melakukan sesuatu yang mereka tidak suka."

  Kata-katanya mengingatkan aku kepada pesan sang bertopeng. "Janganlah engkau memaksa dirimu sendiri. Jika kau memaksa, lama kelamaan kau akan kehilangan erti sebenar dirimu."

  Pesan itu begitu mendalam dan bermakna. Aku bangun perlahan-lahan, menatap Max dengan penuh tekad. "Tidak! Jangan anggap aku akan berputus asa," kataku dengan nada lantang.

  "Luka di tangan aku mampu pulih, tapi mampukah kita memulihkan orang yang sudah tiada? Jadi aku akan belajar dengan sepenuh hati."

  Kata-kata semangatku mengejutkan mereka semua. Husnah tersenyum lega, manakala Max memandangku dengan rasa hormat yang baru.

  "Bagus, Hazrul," katanya perlahan. "Aku suka sikap kau yang tak kenal erti putus asa."

  Latihan diteruskan, dengan semangat baru menyala di dalam diriku. Ini bukan sekadar latihan biasa. Ini adalah langkah pertama untuk memahami pedang Burung Emas dan masa depanku.

  Aku terus berlatih tanpa henti dari siang hingga petang, melawan rasa sakit dan keletihan yang menjalar di tubuhku. Di tepi gelanggang, Husnah sentiasa risaukan keadaanku, matanya tidak lepas dari mengawasi setiap gerakanku. Di satu sudut, Ros dan Roger berdiri sambil memerhatikan kami. Mereka berbual dengan suara yang hanya cukup untuk didengari sesama mereka.

  "Hey, Ros. Adakah Hazrul orang yang sesuai?" tanya Roger, nadanya penuh keraguan.

  Ros tersenyum tipis, matanya tidak lepas daripada memandangku. "Ya. Lihatlah dia. Walaupun sudah berada di ambang keputusasaan, dia tetap bangkit kembali. Dia cukup kuat untuk bersama kita."

  Roger menggeleng kepala, nada suaranya penuh bantahan. "Tapi dia masih lemah, Ros. Dan mudah untuk dibunuh."

  Ros berhenti seketika, menoleh ke arah Roger. "Kau pun dulu hampir mati, kan? Tapi kau bangkit. Hazrul lebih kuat daripada kau."

  Dia kemudian berlalu pergi, meninggalkan Roger yang masih terdiam. Roger memandangku sekilas sebelum mengikuti langkah Ros, tetapi aku dapat merasakan keraguan yang masih ada dalam dirinya.

  Latihan berlanjutan, peluh membasahi tubuhku. Tiba-tiba aku terdengar suara kuat yang memecah kesunyian.

  "Hazrul! Lawan dia dengan lebih kuat lagi!"

  Aku menghentikan langkahku, memandang sekeliling. Di pinggir gelanggang latihan, aku melihat Haikal dan beberapa rakan sekelasku bersorak menyokongku. Kejutan itu membuatkan aku tersenyum, walaupun keletihan mulai menguasai tubuhku. Max yang berdiri di hadapanku turut perasan perkara itu dan tersenyum kecil.

  "Nampaknya, kau mempunyai kawan-kawan yang hebat," kata Max, sebelum kembali melancarkan serangan.

  Aku menangkis serangan itu sambil menjawab, "Ya, nampaknya macam itulah."

  Max ketawa kecil, nada suaranya berubah lebih santai. "Aku cemburu!"

  "Apa maksud kau?" tanyaku, bingung dengan pengakuannya.

  "Selama ini aku cemburu dengan kau," kata Max sambil menahan seranganku. "Kau memang seorang yang istimewa."

  Aku mengerutkan dahi, cuba memahami maksudnya. "Sebenarnya, apa maksud kau dengan 'istimewa' itu?"

  Max tersenyum sinis, seperti menyimpan sesuatu. "Heh! Kau kan ahli kelab misteri. Jadi, carilah sendiri kenapa kau sangat istimewa."

  Aku mendengus, tidak puas hati dengan jawapannya. "Huh? Cari lagi? Aku dah muak berfikir tentang perkara itu. Sekarang ni, aku hanya mahu menghalang pengganas daripada memusnahkan sekolah kita... memusnahkan dunia kita!"

  Max berhenti seketika, memandangku dengan serius sebelum tersenyum lebar. "Baiklah, aku faham. Mari kita lawan pengganas bersama-sama!"

  Dengan satu serangan serentak, pedang kami bertembung. Suara nyaring logam bergema di udara, membentuk huruf X yang berkilauan di bawah cahaya matahari senja.

  Singggssss!!!

  Aku dapat merasakan sesuatu yang luar biasa dalam detik itu—seolah-olah kami bukan sahaja bertarung, tetapi membentuk janji bersama untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang.

Recommended Popular Novels