HARI KEDUA PULUH SEMBILAN
"Apa?"
"Betul tu, kami nak datang."
"Tapi, tak ada apa yang menarik pun kat sini!"
"Ahh, kami tetap akan datang besok." Itulah kata-kata ibu bapa aku, dan hari itu menjadi hari terakhir aku melihat mereka.
Aku terbangun dari tidur dengan keadaan pucat. Aku memegang muka sambil menarik nafas panjang. "Haaiss, mimpi rupanya." Pandangan aku beralih ke arah tingkap. Bulan bersinar terang pada malam ini. Esok aku harus pergi ke kelas, tetapi aku tidak pasti bagaimana reaksi kawan-kawan aku bila melihat aku.
Suasana pagi di sekitar Akademi Putra memang cantik dan indah. Aku berjalan di antara koridor menuju ke kelas aku. Apabila sampai di pintu, aku berhenti seketika dan berfikir. Aku mengangkat tangan dan memegang tombol pintu.
'Sekiranya aku membuka pintu ini, adakah mereka akan simpati atas kematian ibu bapa aku atau cuba menenangkan aku?'
Tidak lama kemudian, seseorang membuka pintu kelas dari dalam. Aku mendongak melihat siapa dia, dan dia terkejut melihat aku.
"Ahh!! Hazrul lah! Semua, dia dah datang."
Aku melihat rakan sekelas aku mula datang menghampiri. Mereka bertanya khabar dan menanyakan soalan kepada aku. Lama-kelamaan, aku dikelilingi oleh mereka. Dalam masa yang sama, Kai turut hadir ke kelas.
"Kai, kenapa kau sering tidak hadir ke kelas sejak kebelakangan ini?" tanya Haikal kepada Kai.
Kai tersenyum kecil sebelum menjawab, "Tak, aku cuma demam biasa aja."
Mimi memandang aku dengan penuh simpati. "Kami simpati atas kematian ibu bapa awak. Jadi awak janganlah sedih," katanya, cuba memujuk aku.
Hazrul tersenyum hambar, cuba menerima kata-kata itu.
"Hazrul! Kami tahu yang kau sedang dalam masalah," kata Syamin, suaranya penuh keyakinan.
"Betul! Sejak kau berkelakuan pelik di kantin hari tu," tambah Haikal.
Aku hanya diam seketika sebelum berkata perlahan, "Terima kasih... aku hargai sokongan korang semua. Tapi aku perlukan masa."
Suasana menjadi senyap seketika, tetapi mereka tetap memberikan senyuman sebagai tanda sokongan. Di sudut kelas, Kai hanya memerhati aku, dan pandangan mata kami bertemu sebentar. Aku tahu dia faham, walaupun dia tidak berkata apa-apa.
Hari itu, aku sedar bahawa walaupun kehilangan ibu bapa adalah luka yang mendalam, ada orang di sekeliling aku yang ingin membantu aku bangkit semula. Aku perlu mencari kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang, bersama mereka yang sedia bersama aku.
Selepas itu, kami belajar seperti biasa. Suasana mula ceria kembali.
Apabila waktu rehat tiba, aku pergi berjumpa dengan ahli kelab muzik. Aku membuka pintu, dan salah seorang daripada mereka segera menyambutku.
"Selamat datang!" kata Shafikah dengan senyuman.
Aku terkejut melihatnya berada di sini.
If you spot this narrative on Amazon, know that it has been stolen. Report the violation.
"Shafikah! Apa yang awak buat di sini?" tanyaku dengan nada hairan.
Sebelum dia sempat menjawab, Lili mencelah.
"Hazrul, awak tak perlulah bermain gitar untuk konsert yang akan datang," katanya tegas.
Aku terkedu mendengar kata-katanya.
"Kami tahu awak tak pernah nak berlatih," tambah Atifah dengan nada serius.
"Jadi... semua orang sudah tahu tentang apa yang berlaku?" tanyaku sambil memandang mereka satu persatu.
"Ya," jawab Alif ringkas.
"Mulai sekarang, Husnah akan menggantikan tempat awak," kata Lili.
Aku memandang ke arah Husnah, dan dia membalas dengan tenang, "Betul, saya akan gantikan tempat awak untuk konsert nanti."
Entah kenapa, walaupun diganti, aku merasa sedikit lega melihat Husnah mengambil peran itu. Sedang aku melayan perasaan, pintu bilik terbuka.
"Maaf, saya terlambat," kata seseorang.
Aku berpaling ke arahnya. Rupanya, itu Anis. Aku tidak ingat bila kali terakhir aku melihat dia.
"Nanti juga awak, Anis," kata Atifah, seolah-olah tidak mahu melepaskan peluang untuk menyindir.
"Baiklah, memandangkan semua ahli sudah ada, saya nak bagitahu sesuatu," kata Lili sambil berdiri di hadapan kami.
"Tentang apa?" tanya salah seorang daripada mereka dengan rasa ingin tahu.
Lili meneruskan, "Tentang lagu yang kita buat. Anis, awak akan nyanyikan lagu itu. Adakah awak terima?"
Shafikah turut menambah, "Lakukanlah, Anis. Awak kan nak jadi seorang idola. Mungkin ini peluangnya."
Anis kelihatan gugup, tetapi dia menjawab perlahan, "I... iya. Saya terima."
"Bagus," balas Lili pantas. "Dan lagi satu, lagu itu perlulah diubah. Lirik yang lebih baik dan irama yang lebih sempurna. Itu penting. Boleh kan?"
Anis kelihatan ragu-ragu, tetapi akhirnya bersetuju. "Ya, boleh... tapi jangan banyak sangat perubahannya. Saya sayang lagu itu."
"Kenapa?" tanya Alif, ingin tahu.
"Kerana itu lagu peninggalan kawan saya... Raimundor."
Raimundor. Nama itu bergaung dalam fikiran aku.
"Janganlah sedih," kata Lili sambil cuba memberi semangat. "Kami hanya akan menjadikan lagu itu lebih baik. Percayalah."
Selepas peristiwa di Kelab Misteri, aku berjalan menuju ke kelasku. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan pengetua.
Kami bertentangan arah, sehinggalah dia berhenti dan menegurku.
"Kamu Hazrul!" katanya dengan suara tegas.
Aku turut berhenti, dan kami berdiri membelakangi satu sama lain.
"Saya ingin memberitahu kamu sesuatu. Esok adalah hari di mana SCI dan BlackAlpha akan mengadakan mesyuarat di sekolah ini. Kamu dan Kelab Misteri dijemput hadir," katanya sebelum berlalu pergi.
Aku memandang ke arahnya tanpa berkata apa-apa.
Kenapa dengan dia tu? bisik hatiku, hairan.
Esok genap sebulan aku berada di sini, dan hari seterusnya adalah hari di mana konsert akan diadakan. Aku tidak berkata apa-apa lagi dan hanya terus berjalan, membiarkan fikiranku dipenuhi pelbagai persoalan.
Aku singgah di perpustakaan untuk melihat buku Jelmaan. Aku membuka buku tersebut dan mula membacanya. Isi kandungannya penuh dengan perkara-perkara tentang sihir serta kisah seorang pahlawan pedang.
“Gambar dalam buku ini sama dengan gambar yang ada pada dinding,” kataku perlahan sambil memandang ke arah dinding perpustakaan, yang dihiasi ukiran misteri.
Tidak lama selepas itu, Shafikah tiba-tiba mengetuk kepalaku dari belakang.
"Aduh!" jeritku, terkejut.
"Tahniah lah, Hazrul!" kata Shafikah dengan nada bersemangat.
"Kenapa pula?" tanyaku sambil menggosok kepalaku yang masih terasa sakit.
"Sebab kau, Anis berjaya mengejar cita-cita dia," jawab Shafikah sambil tersenyum puas.
“Tak. Kenapa kau ketuk kepala aku pula? Sakit tau tak,” rungutku.
Dia memusingkan badannya, kelihatan tidak bersalah langsung.
"Alaa, sakit sikit je. Tapi calar pada tangan kau tu tak sakit ke?" tanya dia sambil memandang calar kecil di tanganku.
“Iya, lah. Aku faham!” balasku, lalu menutup buku Jelmaan dan menyimpannya semula ke rak.
Dia kemudian bertanya, “Hey, bukan ke kau ada latihan dengan Max?”
"Betul juga! Aku kena pergi sekarang!" kataku tergesa-gesa, lalu berlari keluar menuju ke padang sekolah.
Setibanya di padang, aku menarik nafas lega.
"Fuhh, tepat pada masanya."
Namun, aku terkejut melihat sesuatu.
“Eh, kenapa Azmi berlatih bersama Max?” Aku menuruni bukit kecil berhampiran padang untuk berjumpa mereka.
"Hey! Apa yang kamu berdua buat tu?" tanyaku dengan nada ingin tahu.
Mereka memandang ke arahku yang semakin menghampiri.
"Kami sedang berlatih pedang," jawab Azmi ringkas.
"Ya, sebelum hari terasing itu tiba," tambah Max dengan nada serius.
Aku mengangguk, dan tanpa berlengah, aku menyertai mereka. Kami menjalani latihan pedang bersama sehingga senja berlabuh.
Malam itu, aku berbaring di atas katil sambil memegang pedang Burung Emas. Aku memandangnya dengan penuh kekaguman.
“Pedang yang cantik,” kataku perlahan sebelum mataku perlahan-lahan terpejam, dan aku tertidur dengan pedang itu masih di sisiku.