Kami memulakan perjalanan menuju Blok dengan tekad yang membara. Anis harus diselamatkan, dan Joker tidak boleh berjaya mendapatkan serpihan NPV itu. Kai, melalui kamera keselamatan, terus memberikan laporan tentang keadaan sekitar.
Namun, di pertengahan jalan, langkah kami terhenti apabila sang bertopeng muncul di hadapan kami. Wajahnya disembunyikan sepenuhnya oleh topeng hitam, dan dia memegang pedang panjang yang memantulkan cahaya di bawah lampu koridor.
“Kamu dilarang untuk menuju ke Blok ini,” katanya dengan suara yang tenang tetapi penuh ancaman.
Max, tanpa ragu-ragu, melangkah ke hadapan sambil mengeluarkan senjatanya. “Tepi! Jangan halang kami.”
Sang bertopeng itu memiringkan kepalanya, seolah-olah kagum dengan keberanian Max. “Kalau kau tidak ketepi, aku akan lawan kau!” sambung Max lagi, nada suaranya semakin tegas.
Sang bertopeng itu tertawa kecil. “Berlawan dengan pahlawan pedang yang terhebat di dunia? Ini semakin menarik.” Dia mengeluarkan pedangnya dengan gerakan lincah, mempersiapkan diri untuk bertarung.
Max bergerak pantas dan melancarkan serangan pertama. Dentingan logam memenuhi ruang, menandakan permulaan pertarungan sengit.
“Apa yang berlaku, Max?” tanyaku, bingung melihat pertempuran yang tiba-tiba ini.
Max, sambil menahan serangan lawannya, menjawab tegas, “Pergi! Kau tak perlu tahu apa yang terjadi sekarang! Yang penting, kau harus halang ujian itu!”
Jojo menarik perhatianku. “Cepat, kita mesti teruskan! Jangan hiraukan Max!”
Dengan hati yang berat, aku meninggalkan Max yang sedang bertarung. Aku tidak tahu sejauh mana lelaki bertopeng itu terlibat dalam permainan ini. Adakah dia tahu tentang Anis dan rancangan Joker? Persoalan itu berlegar di fikiranku, tetapi aku tahu misi kami tidak boleh terhenti di sini.
Kami berlari dengan sepantas mungkin menuju Blok 7, tetapi sekali lagi langkah kami terhenti. Sekumpulan askar berdiri menghalang jalan, bersenjata lengkap dan kelihatan bersedia untuk bertindak.
“Askar!” Jojo berbisik cemas. “Apa yang patut kita buat?”
“Tenang,” kata Justin dengan penuh keyakinan sambil bergerak perlahan ke belakang salah seorang askar. “Aku pernah lalui semua ini.”
Dengan gerakan pantas, Justin menepuk bahu askar itu dari belakang, dan sekelip mata askar tersebut rebah ke tanah tanpa sempat memberi amaran.
“Hebat!” aku berbisik kagum, terkesima dengan kecekapan Justin.
Justin menarik tubuh askar itu ke dalam semak berhampiran. Dia segera menanggalkan pakaian askar tersebut dan menyarungkannya. Pakaian itu muat dengan sempurna, memberikan Justin penampilan seperti salah seorang daripada mereka.
“Aku akan jadi umpan,” kata Justin sambil menyesuaikan topi askar di kepalanya. “Kau dan Jojo teruskan ke Blok 7. Aku akan alihkan perhatian mereka.”
Aku mengangguk, walaupun hati kecilku bimbang dengan keselamatan Justin. Kami berdua menutup mata sebentar, memberi penghormatan senyap kepada keberanian Justin, sebelum menyelinap melalui celah semak dan menuju ke destinasi utama kami.
Blok 7 kini tidak jauh lagi. Namun, aku tahu cabaran yang lebih besar masih menanti kami di dalam.
“Baiklah, siap!” Justin berkata sambil menyarung pakaian askar dengan yakin.
“Apa engkau nak lakukan sekarang?” tanyaku sambil memerhati gerak-gerinya.
Justin tersenyum kecil. “Aku akan ubah suara aku dan beri maklumat palsu kepada askar itu. Percayalah, ini akan berhasil.”
Jojo mengangkat kening. “Harap ianya berkesan. Kita tak ada masa nak buat rancangan lain.”
Kai menyampuk dari saluran komunikasi, suaranya tergesa-gesa. “Ya, ya! Kita kena cepat. Kalau lambat, Anis akan sampai ke bilik ujian, dan Joker… Joker dah ada di sekitar kita!”
Kata-kata itu mengejutkan aku. “Apa? Di mana dia?” Jojo turut bertanya, matanya liar memandang sekeliling.
Kai menjawab, “Dia berada dalam hutan, tapi aku tak pasti lokasi tepatnya. Mungkin di belakang kamu semua… atau lebih buruk lagi, dia dah dekat dengan Anis.”
“Baiklah!” kata Jojo dengan tegas, tidak mahu membuang masa lagi. Kami segera melanjutkan perjalanan ke Blok 7, mengekalkan fokus penuh pada misi kami.
Setibanya di pintu hadapan Blok 7, Kai mula melakukan kerjanya. “Tunggu sekejap,” katanya. Aku dapat melihat tangannya bergerak pantas melalui paparan kamera, dan beberapa saat kemudian dia mengumumkan, “Okay, aku dah godam sistem rakaman keselamatan. Kamu semua takkan kelihatan.”
Di pintu utama, dua orang askar berdiri tegap. Kedua-duanya memegang senjata berat yang kelihatan cukup untuk menamatkan riwayat kami dalam beberapa saat sahaja.
“Cepat sembunyi,” kata Justin sambil menunjuk ke arah semak berhampiran. Kami mengikut arahannya, menyorok di balik dedaunan tebal. Justin, yang kini menyamar sebagai askar, melangkah dengan penuh yakin ke arah mereka.
Dari tempat persembunyian, aku dan Jojo hanya mampu memerhati, dada berdebar-debar. Aku tidak tahu apa yang Justin katakan kepada askar tersebut, tetapi jelas ia berhasil. Askar-askar itu mula meninggalkan kawasan pintu dengan langkah tergesa-gesa.
Justin, yang kini berdiri bersendirian di hadapan pintu, memandang ke arah kami dan memberi isyarat tangan.
“Itu isyarat syabas,” kata Jojo sambil tersenyum lega. “Mari kita pergi!” Dia segera bergerak menuju ke arah Justin.
Aku mengikut di belakang Jojo, dan apabila tiba di pintu, aku bertanya kepada Justin dengan nada ingin tahu. “Apa yang kau cakap kepada mereka?”
Justin tersenyum nakal sambil menjawab, “Aku cuma kata, kalau mereka tak ketepi, Rex akan marah.”
Jojo menghentikan langkahnya dan memandang Justin dengan rasa tidak percaya. “Kau guna nama Rex dalam misi ini? Kau gila ke?”
Aku memandang mereka berdua dengan keliru. “Siapa Rex?” tanyaku, tidak memahami perbualan itu.
Jojo menjawab dengan nada serius. “Rex? Dia ialah anggota rela mati yang paling kuat dalam pasukan mereka. Nama dia cukup untuk buat mereka berundur tanpa soal!”
Justin hanya mengangkat bahu dan berkata, “Apa-apa pun, kita berjaya kan? Dah, mari masuk sebelum mereka balik.”
Kami bertiga memasuki Blok 7 dengan langkah penuh berhati-hati. Masa semakin suntuk, dan setiap detik berharga untuk menghalang Anis sebelum Joker bertindak lebih jauh.
Pintu dipecahkan dengan satu tembakan, dan kami berlari menuju ke bilik ujian, berpandukan arahan Kai yang sentiasa memantau dari jauh.
“Kiri! Bukan kanan! Eh, tunggu! Kiri lah!” jerit Kai dari saluran komunikasi.
Jojo, yang kelihatan semakin geram, membalas dengan tegas, “Kai! Cuba kau cakap yang betul! Kiri ke kanan? Jangan main teka saja!”
Kai berusaha menyemak semula arahannya melalui komputer. “Nanti... Lorong sebelah kanan!” katanya akhirnya.
Jojo berhenti seketika, memandang sekeliling. “Kanan mana ada lorong lah, Kai!”
“Apa?” Kai menjawab bingung.
Setelah puas mencari, kami akhirnya menemui jalan yang betul. “Ini ke bilik ujian tu?” tanyaku.
“Ya!” jawab Kai dengan yakin, sebelum menambah dengan nada sinis. “Tapi hati-hati, lorong ni pernah ada kes pembunuhan.”
“Apa?” Aku terkejut.
“Hahaha! Gurau aja,” jawab Kai sambil ketawa, jelas menikmati reaksiku.
Jojo mengetap gigi. “Dia ni memang nak kena!” katanya dengan nada marah.
Kami meneruskan perjalanan, masuk lebih dalam ke lorong tersebut. Beberapa langkah lagi sebelum sampai, kami ternampak dua orang askar berdiri menjaga pintu bilik.
The narrative has been taken without authorization; if you see it on Amazon, report the incident.
“Nanti! Kamu dilarang masuk!” salah seorang askar memberi amaran, suaranya tegas.
“Kami ke sini atas urusan penting!” jawab Justin, yang masih menyamar dengan pakaian askar.
Justin melangkah ke depan dengan penuh keyakinan. “Aku ketua SRM, Rex Zander. Jika kamu tak ketepi, aku akan belasah kamu berdua!” katanya dengan nada mengancam.
Askar-askar itu saling memandang antara satu sama lain sebelum salah seorang daripada mereka berkata, “Rex tidak pernah pakai pakaian BlackAlpha. Lagi pun, kau nampak terlalu kurus untuk jadi dia.”
Ketika itu, suara lain kedengaran melalui sistem pengumuman di sebuah kamera keselamatan.
“Usaha yang bagus, Justin. Tapi kau tak perlulah cuba menghalang kami,” kata suara itu dengan nada penuh ejekan.
Aku memandang ke arah kamera, cuba mengenal pasti pemilik suara tersebut.
“Lagi pun, Anis akan mati kalau dia tak buat ujian ini,” tambah suara itu.
Kai mencelah melalui saluran komunikasi, “Anis berada di sebalik bilik ini. Dan lagi satu, itu adalah si Pemerhati.”
Kami memandang askar tersebut, tetapi mereka kelihatan seperti dirasuk. Tanpa membuang masa, Jojo melangkah ke depan dan menjatuhkan mereka dengan beberapa pukulan cepat sehingga mereka pengsan.
“Kami ke sini untuk bebaskan Anis!” kata Justin sambil menembak kunci pintu bilik.
Pintu itu terbuka dengan bunyi dentuman, tetapi bilik tersebut kosong. Tiada sesiapa di dalamnya.
“Apa?” Justin berkata dengan nada bingung.
Ketawa sinis memenuhi ruang. “Hahaha!” suara Pemerhati bergema melalui pembesar suara.
“Kau sudah ditipu. Anis sebenarnya bersama aku!” katanya sebelum suaranya lenyap sepenuhnya.
Perasaan kecewa mula menguasai aku. Aku memandang Jojo, yang segera bertanya kepada Kai, “Kai! Dimana Anis sekarang?”
Namun, tiada jawapan. Hanya bunyi gangguan statik yang kedengaran.
“Shhhhhhsss…”
Isyarat komunikasi kami telah diputuskan. Kami telah dikenakan oleh Joker.
Tidak lama selepas itu, bunyi derapan langkah mula kedengaran. Sekumpulan askar bersenjata lengkap sedang bergerak ke arah kami. Jojo segera menutup pintu bilik tersebut.
“Apa yang terjadi kepada askar itu? Kenapa SCI tak tahu apa-apa pasal ini?” Jojo bertanya, jelas bingung dengan situasi yang semakin mencemaskan.
Aku mula berfikir, adakah ini “Hari Terasing” yang pernah disebut sebelum ini?
Kami terkandas. Tiada lorong keluar yang kelihatan. Tiada tempat untuk lari.
Jojo tiba-tiba menunjuk ke suatu arah. “Sana! Nampaknya ada satu lorong di sana!” katanya dengan nada penuh harapan.
Lorong tersebut kelihatan seperti laluan ke ruang bawah tanah yang menuju ke kawasan pembakaran. Tanpa banyak berfikir, kami terus melompat ke dalam lorong tersebut.
Pintu bilik terbuka, dan askar-askar itu melangkah masuk dengan langkah berhati-hati, memandang sekeliling.
“Mana mereka?” salah seorang askar bertanya dengan nada bingung, mencari kami yang telah hilang dari pandangan mereka.
Aku menjerit apabila meluncur melalui lorong yang panjang itu. Lorong tersebut seperti gelongsor yang membingungkan, kami tidak tahu apa yang ada di hujungnya. Seakan-akan tiada penghujung, kami terus meluncur dengan kelajuan yang semakin bertambah.
Setibanya di penghujung lorong, aku membuka mata dan memerhatikan sekeliling.
“Ini... tempat pembakar, kan?” tanyaku, sambil melihat ke sekeliling yang penuh dengan peralatan dan struktur metalik.
“Memang pun,” jawab Justin sambil berdiri, meninjau kawasan itu dengan teliti.
Aku berdiri dan berjalan mengikut Justin. “Justin! Adakah kau tahu kita di mana sekarang?”
“Tidak!” jawab Justin dengan penuh keraguan, sebelum melihat Jojo dan berkata, “Jo! Cuba tanya kepada Kai, di mana kita sekarang?”
Jojo cuba menghubungi Kai melalui alat komunikasi, tetapi tiada respons. Alat komunikasi kami rosak lagi. Kami cuba mencari sebarang isyarat supaya dapat berhubung dengan Kai, tetapi tempat ini kelihatan seperti terlindung dari dunia luar.
“Sudah jumpa?” tanya Justin, resah.
“Belum,” jawab Jojo dengan kecewa.
Perutku mula berbunyi kerana lapar, dan aku menoleh kepada Jojo, bertanya, “Hey, Jojo! Sekarang ni sudah pukul berapa?”
Jojo melihat jam tangannya. “Sekarang ni sudah pukul 5:56 petang.”
"Bukan ke kau pakai jam elektronik?" tanya Justin, sambil memandangku.
"Ya, memang pun! Tapi sudah rosak," jawabku dengan nada kesal.
Justin melihat ke arahku dengan sedikit ketawa. "Rupanya kau pakai jam elektronik."
Aku mengeluh dan bertanya kepadanya, “Hey, adakah ini hari terasing?”
“Aku tidak tahu! Tapi mungkin,” jawab Justin dengan penuh teka-teki.
Jojo yang mendengar pertanyaan itu terus bersuara. “Selagi protokol belum dibangkitkan, selagi tu lah hari terasing belum tiba. Tapi untuk melakukannya, mereka memerlukan masa yang sesuai.”
“Jadi bila?” tanyaku, tidak sabar ingin tahu.
Jojo memandang jamnya. “Kemungkinan lapan hari dari sekarang.”
“Apa?” Aku terkejut. “Sedar tak sedar, ini sebahagian daripada perancangan awal mereka.”
Jojo mengangguk perlahan. “Nampaknya, mereka cuba merampas Anis untuk menjalankan ujian DNA terhadapnya supaya mereka dapat bangkitkan semula NPV. Sementara itu, mereka sedang menunggu hari terasing tiba.”
“Kenapa mereka merampas Anis sekarang? Kenapa tidak melakukannya bila hari terasing tiba?” tanyaku, bingung.
“Aku tak tahu. Sepertinya ada dua orang yang sedang berdendam,” jawab Justin, suaranya berat dengan kebingungan.
Anis diculik sebelum hari terasing. Apa maksudnya? Fikiranku mula berkecamuk dengan soalan-soalan yang belum terjawab.
Dalam perjalanan, Jojo tiba-tiba berhenti dan berkata, “Ah! Itu jalan keluar!”
Aku dan Justin melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Jojo. Kami segera berlari menuju ke pintu yang dimaksudkan.
Namun, pintu itu terkunci dari luar. Jojo cuba memecahkannya, tetapi tidak berhasil. Justin menyuruh kami ketepi dan menembak pintu tersebut. Tembakan tepat pada sasaran, dan pintu itu pecah seketika.
Aku mengerutkan dahi melihat cahaya yang keluar buat pertama kali sejak kami memasuki lorong tersebut, tetapi cahaya itu masih jauh.
Kami memandang kiri dan kanan, mendapati lorong itu seperti berulang. Kami tidak tahu jalan mana yang patut dipilih. Keputusan dibuat untuk mengambil lorong kanan. Tetapi, kami terdengar bunyi tapak kaki askar semakin dekat.
Tanpa berfikir panjang, kami memilih lorong kiri, berlari dengan sepenuh tenaga, berusaha menghindari askar-askar yang semakin menghampiri kami. Bunyi tapak kaki semakin kuat, memaksa kami berlari lebih pantas lagi, berusaha mencari tempat persembunyian atau jalan keluar.
Kami menoleh ke belakang untuk memastikan askar itu tidak mengejar. Tetapi bunyi tapak kaki mereka semakin kuat dan semakin dekat. Ketika kami sampai di penghujung lorong, kami mendapati pintu keluar terkunci. Bunyi tapak kaki semakin keras, semakin menghampiri kami. Aku mula panik, ketakutan menyelubungi diriku. Dengan cepat, aku bersandar pada dinding yang sejuk, berusaha menenangkan diri. Tiba-tiba, aku terasa sesuatu yang aneh.
Dinding itu mulai berpusing, dan di hadapan kami muncul sebuah lorong rahsia yang tidak pernah kami jangkakan. Kami saling berpandangan, risau dengan bunyi yang semakin hampir. Akhirnya, tanpa pilihan lain, kami memutuskan untuk melangkah masuk ke dalam lorong tersebut. Pintu lorong itu tertutup kembali sejurus kami memasuki.
"Akhirnya, kita selamat," kataku sambil mengeluh lega, walaupun masih terasa cemas.
Kami terus berjalan, menuju ke penghujung lorong yang semakin terang. Seakan ada cahaya yang menanti kami. Semakin kami mendekati cahaya itu, semakin terang ia menyinari kegelapan. Akhirnya, kami tiba di sebuah pintu keluar. Kami mendorong pintu itu dengan kuat, dan dengan satu hentakan, pintu terbuka. Ketika melihat keluar, aku sedar kami sudah jauh dari Blok 7. Kami kini berada di hutan, dalam kegelapan yang pekat tanpa sebarang lampu.
Jojo membuka lampu suluhnya, sinarannya menyinari kawasan sekeliling. "Nampaknya, kita sudah jauh dari Blok 7," katanya dengan suara yang teragak-agak.
Kami melihat Blok 7 dan Bangunan Akademi Putra yang kelihatan semakin jauh, kabur di balik kegelapan hutan.
"Memang pun, dan tengok tu," kata Justin sambil menunjukkan ke arah sesuatu di kejauhan.
Kami semua cuba melihat dengan lebih teliti, dan kelihatan ada seseorang yang memakai jubah, melarikan diri dengan tergesa-gesa. Dia menoleh ke belakang dan terlanggar Jojo. Kejadian itu berlaku begitu pantas, dan si penjubah serta Jojo berguling di atas tanah. Kami hanya mampu berdiri di tempat, tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Si penjubah bangkit dengan cepat dan mengeluarkan sebilah pedang yang bersinar di bawah cahaya lampu suluh. Tanpa amaran, dia terus menyerang Jojo dengan gerakan yang begitu pantas. Jojo mengelak setiap serangan dengan cekap, namun semakin lama, serangannya semakin kuat dan tidak terjangka.
Pada satu ketika, pedang si penjubah terkena dahan kayu dan patah. Jojo, dengan keberaniannya, menendang si penjubah itu, seolah-olah merendahkan musuh yang kelihatan kuat itu.
"Heh! Kau tidak lah kuat sangat. Eh?" Jojo berkata dengan nada sinis, tetapi matanya memerhatikan setiap gerak-geri musuhnya.
Namun, tidak lama kemudian, Jojo terkejut apabila mendapati kakinya sedang dipegang erat oleh si penjubah. "Kau masih lemah untuk mengalahkan aku," kata si penjubah dengan nada garang, penuh keangkuhan.
Dengan kekuatan yang mengejutkan, si penjubah memusingkan kaki Jojo. Jojo jatuh berguling di atas tanah dengan suara yang kesakitan. Aku melihat tubuh Jojo yang kini terbaring, dipenuhi darah. Aku rasa terharu dan takut, tetapi kami tidak ada pilihan selain berjuang.
Si penjubah cuba menghampiri Jojo yang hampir tidak berdaya. Namun, sebelum dia sempat menikam Jojo, Justin muncul, berusaha menghalang.
"Jauhkan diri dari dia!" kata Justin dengan tegas.
Namun, si penjubah tidak teragak-agak. Dengan satu gerakan yang cepat, dia menewaskan Justin dengan mudah. Justin rebah di tanah, tidak bergerak lagi.
"Sekarang giliran kau pula, Sang Pahlawan," kata penjubah itu dengan suara yang penuh dengan kebencian dan ancaman. Dia mula bergerak ke arahku.
Aku mengundur selangkah, kemudian satu lagi langkah, semakin jauh dari Jojo yang terluka. Tetapi di belakangku, tiada lagi tempat untuk aku melangkah. Lorong sempit itu seakan menjadi dinding yang menutup segala harapan. Aku terperangkap.
Dengan dada yang berdebar-debar, aku hanya mampu menghadap penjubah itu yang semakin menghampiri, pedangnya berkilau dengan kejam. Aku tahu, aku tidak ada pilihan selain berjuang, walaupun aku tidak pasti jika aku cukup kuat untuk bertahan.
Sebelum si penjubah dapat menyerangku, langkahnya tiba-tiba terhenti. Sebuah suara yang kuat dan penuh keyakinan bergema di sekeliling kami.
"Weh lembab! Dimana kau sorokkan Anis hah?" suara itu datang dari arah belakang, tegas dan penuh dengan amarah. Aku menoleh, dan terkejut melihat sang bertopeng muncul di depan, bersama Max yang berdiri tegak di sebelahnya.
Si penjubah berhenti sejenak, suaranya berubah sinis. "Oohh, aku kenal suara tu. Tentu kau kan? Budak mentah yang dulunya nak jadi kuat." Dia tertawa mengejek, seolah-olah meremehkan kehadiran mereka.
Max tidak gentar. "Kenapa kau ketawa cepat? Bagitau kami sekarang! Dimana Anis?" katanya dengan nada yang keras dan penuh dengan ancaman. Tindakannya sangat berbeza dengan sebelumnya, penuh dengan kebencian dan ketegasan.
Si penjubah tidak memberi jawapan segera. Dengan perlahan, dia menanggalkan jubahnya. Setiap lapisan jubah yang jatuh ke tanah, menurunkan sedikit lagi misteri yang menyelubungi dirinya. Ketika jubah itu akhirnya terjatuh sepenuhnya, wajahnya terungkap, dan ternyata ia adalah seseorang yang tidak kami sangka.
Anak mataku membulat seketika. "Anis berada di suatu tempat yang tak jauh dari sini," kata si penjubah sambil mengukir senyuman penuh tipu daya.
Namun, kehadiran sang bertopeng menambah ketegangan yang lebih besar. "Kau! Rupanya kau lah yang memerhatikan kami selama ini! Sharon!" teriak sang bertopeng dengan suara yang penuh kejutan.
Ternyata, si penjubah yang kami anggap sebagai musuh, adalah seseorang yang telah lama dikenali oleh sang bertopeng. Sharon, nama yang tidak pernah aku duga akan muncul dalam pertemuan ini, ternyata menjadi bahagian yang lebih besar dalam permainan ini.
Sang bertopeng lebih mengenali Sharon daripada yang aku sangka, dan ada sesuatu dalam cara mereka berinteraksi yang menunjukkan hubungan lama antara mereka. Mungkin musuh, mungkin sekutu, atau mungkin keduanya.
Keadaan semakin tegang, dan aku dapat merasakan bau pertempuran yang akan datang. Sharon, yang kini berada di hadapan kami, bukan lagi sekadar ancaman yang harus ditangani, tetapi satu teka-teki besar yang harus kami pecahkan.